Baru-baru ini, kita digemparkan dengan berita ajaran sesat 'Mother of God' di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang menuntut pengikutnya memakan daging dan minum darah supaya dapat menjamin untuk masuk syurga.
Terbaru, seorang pengguna Twitter, Ameera Yasmine memuat naik status berhubung tindakan adiknya yang kononnya solat berjemaah dengan teman lelaki menerusi video call aplikasi WhatsApp. Dari manalah dia belajar buat macam tu ya? Difahamkan perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh pembantu rumah. "Ada ke patut bibik beritahu aku yang adik aku solat berjemaah dengan teman lelakinya menerusi video call aplikasi WhatsApp.
"Ini lebih sesat dari ajaran Ayah Pin!" tulisnya. Dalam masa sama, Ameera sempat menasihati orang ramai untuk mengawasi aktiviti ahli keluarga terutama adik-adik mereka bagi mengelak daripada melakukan ajaran sesat secara tidak sengaja. Netizen turut terkejut dengan status gadis itu yang dikongsikan menerusi Facebook (FB) Gila Kentang. Mereka juga khuatir sekiranya tindakan itu akan menjadi tren di masa akan datang. "Nasib baik tak nikah guna video call," tulis netizen. Macam-macamlah budak zaman sekarang ni. Entah dari mana belajar boleh solat berjemaah menerusi video call. Bahaya betul! Jangan sampai benda ni jadi ikutan sudahlah. - CARI
|
orgsepang: Yang kakak pulak selamba viral kan. Bukankah itu membuka aib keluarga sendiri?
ADVERTISEMENT