CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Didesak Suruh Pulangkan Kereta, Lelaki Ugut Sebar Gambar Bogel

30-11-2017 03:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10242| Komen: 84

Lelaki berusia 25 tahun menggoda seorang wanita menerusi media sosial sebelum dijadikan teman wanita dan melakukan hubungan seks.

Sinar Online melaporkan, suspek kemudiannya mengugut akan menyebarkan gambar bogel mangsa sebagai taktik mendapatkan kekayaan dengan cara mudah.


Bukan seorang dua, malah sekurang-kurangnya enam wanita berusia antara 20 hingga 60 tahun sudah menjadi mangsanya sejak beberapa tahun lalu.


Foto: Sinar Online

Mangsa, Mei, 28, yang juga seorang kerani pentadbiran berkata, dia dan suspek berkenalan menerusi aplikasi WeChat pada 2014.

Menurut Mei, dia pernah keluar minum tiga kali dengan lelaki terbabit sebelum mereka menjadi pasangan kekasih.


“Lepas beberapa bulan bercinta, lelaki itu minta bantu belikan kereta guna nama saya dan dia jadi penjamin. Disebabkan sayang, saya ikut kemahuannya dan beli sebuah kereta Perodua Myvi.

“Tak lama lepas itu, kereta tersebut bermasalah dan dia minta saya belikan sebuah kereta baru. Sekali lagi saya belikan sebuah kereta guna nama saya tapi kali ini jenis Honda City dan dia berjanji akan membayar ansuran bank setiap bulan,” katanya.

Bagaimanapun, selepas kantoi curang, Mei berpisah dengan suspek.

“Memang saya akui pernah adakan hubungan seks dengannya dan dia merakam gambar tubuh badan tapi tak sangka dia tergamak ugut saya guna gambar itu.

“Saya minta dia pulangkan kereta yang guna nama saya tapi dia enggan walaupun dah setahun berlalu. Sekarang nama saya dah disenaraihitamkan bank kerana dia turut gunakan kad kredit sampai habis had dan gagal bayar ansuran kepada pihak bank,” katanya.



Tambah mangsa yang sudah berkahwin dengan lelaki lain itu, dia rimas apabila pihak bank sering menghubunginya.

"Dah lah saya tengah mengandung sekarang ni. Lelaki tu pula ugut nak sebar gambar bogel jika saya terus desaknya dan tak teragak-agak cari pasal,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Win, 40, bernasib baik kerana cepat mengetahui niat jahat suspek yang tak sempat merakam gambar bogelnya. - CARI

8

Bagus
3

Marah
14

Terkejut
21

Sedih
10

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 30-11-2017 12:35 PM
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Mei, 28, berkata, dia mengenali lelaki tersebut menerusi aplikasi WeChat pada 2014 dengan hanya berkawan biasa pada awalnya.


hahahha padanla muko
sombong sgt
Quote prettyuglybabe 30-11-2017 12:37 PM
cina pun dah pandai menipu ke
Quote dubuk 30-11-2017 12:44 PM
entah entah ni amoi yang suka potong barisan masa nak timbang sayur kat supermarket tu
Quote ~boolean 30-11-2017 12:48 PM
teori yang mengatakan hanya anak melayu saja membirah di wechat tak boleh digunapakai
Quote chauky314 30-11-2017 12:52 PM
dia mengandung anak laki tu kah..
Quote Nenasketum 30-11-2017 01:03 PM
Ada ilmu pukau apps ke kat wechat? Memacam cerita tak masuk akal la.
Quote noraidil_06 30-11-2017 01:16 PM
Nenasketum replied at 30-11-2017 01:03 PM
Ada ilmu pukau apps ke kat wechat? Memacam cerita tak masuk akal la.

Iols rase wechat tu menakutkan.
Quote missinpiece 30-11-2017 01:17 PM
Mcm2 kisah org menipu tertipu dari dulu smpai skarang
Quote chinta89 30-11-2017 02:12 PM
pihaknya menerima enam aduan penipuan membabitkan lelaki  sama.



hensem sgt ke that jantan ni sapa ramai terpedaya?

kenapa wechat ni mcm2 kes pelik jd? ak dh delete wechat sb rse mcm xde manfaat ape2.

nk kesian tp entah lah... cuma kita saling ingat mengingati jgn mudah terpedaya.
Quote mrs_salvatore 30-11-2017 02:23 PM
pastu bila kita cakap jantan tak guna semua sama je, lelaki marah. dh mmg btul pun
Quote matchstick 30-11-2017 02:25 PM
dubuk replied at 30-11-2017 12:44 PM
entah entah ni amoi yang suka potong barisan masa nak timbang sayur kat supermarket tu

hahahhaha...ni mesti selalu berpengalaman buruk dgn amoi semasa beratur nak timbang sayur
Quote chaotic_soul 30-11-2017 02:41 PM
manis ayat dia..
Quote afie_m 30-11-2017 02:56 PM
yg 40thn tu nasiblah cerdik skit ya...
Quote sheqim 30-11-2017 04:11 PM
Wechat ke line ke mmg bagus utk mcm2 mende.. marketing product, services.. tapi manusia being manusia.. salahguna jual kerang, market kerang la, mencurang la yada yada.. bagus wecaht ni dibanned je dpd malaysia.. dh byk kes sgt ni melibatkan wechat... haa gteww pendapat iolss..
Quote Skuau 30-11-2017 04:24 PM
AbukRokok replied at 30-11-2017 12:35 PM
hahahha padanla muko
sombong sgt

umur dh 28 taun pon blh kena tipu 'budak wechat....'...mmm....
Quote Modngengade1 30-11-2017 05:23 PM
prettyuglybabe replied at 30-11-2017 12:37 PM
cina pun dah pandai menipu ke

dek...kau baru sedar dari koma ke?
Quote Jorja 30-11-2017 06:17 PM
For me lelaki yg minta kita belikn dia kereta is loserr ya..red flag awal2 I cabut
Quote tembikai 30-11-2017 06:44 PM
harommm kan binatang wechat ini.....

Quote shamsadis 30-11-2017 08:16 PM
chauky314 replied at 30-11-2017 12:52 PM
dia mengandung anak laki tu kah..

Haah pastu cari pak sanggup ler kalau tak sijil lahir x lengkap ler....JPN x mahu letak kolum jenis darah atau DNA sebab DAP x bagi, keh keh keh

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.056422 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top