Alahai, terharunya dengan kesungguhan seorang insan bernama sahabat.
Facebook Gila Kentang, semalam berkongsi beberapa keping gambar perbualan atara dua sahabat.
Menerusi perbualan itu, difahamkan seorang individu (Lan) meminta belas ihsan rakannya (Pi) untuk meminjam wang dengan alasan kad juruwang automatik (ATM)nya 'ditelan' mesin. Tapi nak buat macam mana, Pi juga sedang kesempitan wang. Hanya beberapa keping wang kertas sahaja menghiasi beg duitnya. Mungkin tak sampai RM10 pun. Ingatkan setakat itu sahajalah perbualan mereka, tetapi ternyata Pi bersungguh-sungguh mendapatkan bantuan lain demi membantu sahabatnya hingga dia sanggup 'menipu' atasannya untuk mendapatkan wang. Mungkin lucu bagi kita, tetapi malang bagi Pi kerana Lan bukan benar-benar mahu meminjam wang, sebaliknya dia hanya mahu menguji kesetiaan rakannya itu. Bukan sahaja bangga memiliki sahabat seperti Pi, bahkan Lan begitu terharu dengan kesungguhan dan keikhlasan sahabatnya itu. Tak dapat dinafikan, bukan senang nak jumpa sahabat yang bersungguh-sungguh ingin membantu kita di dalam kesusahan dan ia diakui rata-rata netizen. "Payah nak cari sahabat macam pi yg sanggup bersusah payah pinjam dengan bos untuk kebahagian kawan dia," komen netizen. Ada lagi ke orang macam Pi ni? Paling tak syok, masa nak pinjam tu habis segala drama keluar. Bila dah dapat usahkan nak ganti hutang, 'batang hidung' dia pun tak nampak! Jangan ada pula yang nak meniru teknik Lan menguji kesetiaan rakan tau! Kesian kawan-kawan nanti. - CARI
|
13
Bagus |
17
Marah |
3
Terkejut |
12
Sedih |
21
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Teru2Bozu replied at 30-11-2017 05:40 AM
kenapa aku rasa macam ... buat2 je nih. saje nak viral bagai. aish..
ADVERTISEMENT