CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Sekolah Memandu Trauma

28-8-2013 10:17 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11076| Komen: 97



Kancil yang dipandu mangsa terbalik berhampiran sebuah stesen minyak di Kanchong Darat, semalam, akibat cuba mengelak sebuah kereta yang cuba membelok ke kanan.


KANCHONG DARAT - Seorang pelajar sekolah memandu trauma selepas kereta yang dipandu semasa menjalani latihan memandu di laluan dari arah Banting ke Kanchong Darat terbalik berhampiran sebuah stesen minyak di Kanchong Darat, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang apabila sebuah kereta Proton Saga dari arah Kanchong Darat tiba-tiba membelok ke kanan, menyebabkan kereta dipandu pelajar terbabit gagal dikawal lalu terbalik.

Seorang guru sekolah memandu yang enggan dikenali berkata, pelajar wanita berumur lingkungan 20-an itu baru pertama kali menjalani latihan memandu.

Katanya, mangsa cuba mengelak sebuah kereta dari arah bertentangan yang tiba-tiba membelok ke kanan, namun gagal lalu merempuh kenderaan itu sebelum terbalik.

“Mujur dia hanya cedera ringan di bahagian kaki dan segera dihantar ke Hospital Banting, manakala saya tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Bagaimanapun saya percaya, dia mungkin trauma kerana kenderaan dipandunya terbalik dan hampir meragut nyawanya,” katanya yang berada di sebelah pelajarnya itu sepanjang latihan.

Seorang pengguna jalan raya, Nurhanis Rusli, 35, berkata, ketika kejadian, dia berada satu kilometer daripada kenderaan mangsa.

Katanya, dia sendiri tidak perasaan bila pemandu Proton Saga terbabit membelok ke kanan sebelum dirempuh kenderaan mangsa.

"Masa itu saya dalam perjalanan ambil anak di sekolah, tiba-tiba sahaja sebuah kenderaan terbalik di hadapan saya sebelum orang awam cuba membantu mangsa.

"Mujur kedua-dua pemandu selamat,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurfariezza 28-8-2013 10:11 AM
cnfirm trus xmau ambik lesen da lps ni...
Quote nw111 28-8-2013 10:13 AM
Sial punya pemandu proton saga...
Aku mmg akan sumpah cukup2 puak2 bwk kereta mcm lahanat ni..
Quote nur_firdaus 28-8-2013 10:15 AM
kesian....
Quote miawpink 28-8-2013 10:16 AM
sian kat budak yang baru blaja tu
Quote geenie 28-8-2013 10:18 AM
logo kt blakang kete tuh mcm logo metro driving jer...
Quote ladygempak 28-8-2013 10:19 AM

baru kali pertama berlatih dah bawak kat jalan raya ker..
patutnya kena ajar kat litar dulu sampai budak tu agak mahir...ke budak tu dah reti bawak kereta cuma takde lesen...
Quote lovechaser 28-8-2013 10:20 AM
Pernah drive kat Kanchung Darat ni... Frankly speaking, memang laju n suka overtake double line... LC pernah accident kat area Banting gak... consider cheated death ler... Kereta kena langgar oleh driver mabuk..... Kereta total lost tapi driver tu kira lepas aje.. sbb dah kawtim ngan polis kat situ... dia dibenarkan dtg selepas sober... kisah dia mabuk langsung polis tutup citer... kiranya taiko ler yang langgar LC tu...

So kalau nak drive kat area situ, be extra extra careful.....
Quote jonlabu 28-8-2013 10:21 AM
Caprut punya proton owner
Quote annehuda 28-8-2013 10:21 AM
oh semlm kt penang pun ade gak kes mcm ni.. giler keter tu tetiba membelok ke kanan lampu takde ape pun takde... kesian uncle mat rempit tu mmg bergolek die kt tgh jalan. dh le belakang tu ade lori sebijik n motor lain smpt gak membrek. ya allah mmg seriau tul aku semlm...
Quote benzo33 28-8-2013 10:23 AM
ladygempak posted on 28-8-2013 10:19 AM
baru kali pertama berlatih dah bawak kat jalan raya ker..
patutnya kena ajar kat litar dulu sampa ...

erk.rasanya mmg jadi amalan biasa pada pengajar meminta pelajar memandu di jalanraya walaupun tak pernah pegang steering. dulu aku pun mcm tu. pengajar terus suruh bawak tanpa banyak cakap walaupun aku berdalih tak pernah pegang steering.
Quote gaara_X 28-8-2013 10:24 AM
cari kawasan kosong...belajar laa pandu situ dulu..nie terus masuk jalan ke?.....driving skool pun kekadang b******g juga kekadang nie..nak untung je sokmo....
Quote tapibukanaku 28-8-2013 10:24 AM
kesian
tapi bila tengok posisi terbalik kereta tu, cam cantikkkk je...
Quote miawpink 28-8-2013 10:25 AM
tapibukanaku posted on 28-8-2013 10:24 AM
kesian
tapi bila tengok posisi terbalik kereta tu, cam cantikkkk je...

mesti pelajar tu meraung sbb trauma kn
ntah ntah tgk gambar ni pun trauma
Quote cemp 28-8-2013 10:26 AM
adoi ni yg buat aku takot ni..

mase aku belajar aritu pon cikgu tu nak bawak ke jalan tp disebabkan ak ngandung teros dia kancel kasi belajar kat dalam je.pas bersalin kang sambung lg..boleh je kalo nak ambik lesen time ngandung tp risiko dtanggung sendiri. Last edited by cemp on 28-8-2013 10:31 AM

Quote tapibukanaku 28-8-2013 10:27 AM
miawpink posted on 28-8-2013 10:25 AM
mesti pelajar tu meraung sbb trauma kn
ntah ntah tgk gambar ni pun trauma

lain kali pakai suprema baru ni.
Quote miawpink 28-8-2013 10:29 AM
tapibukanaku posted on 28-8-2013 10:27 AM
lain kali pakai suprema baru ni.

ok ke kalo pakai suprema baru tu
Quote R2D2 28-8-2013 10:29 AM
logo sekolah memandu di pintu depan dipadamkan
Quote trebadoure7 28-8-2013 10:29 AM
sepatutnya ajar student dkat laluan yang lalu lintas x sibuk
kan utk test jpj ada 3 laluan? kalau nak suruh bwak kat jalan sibuk camni
suruh student mahir dulu nak kawal clutch ngan brek bagai
Quote azlinahmad 28-8-2013 10:29 AM
dah la baru belajar,,,dah jadi cam tu....trauma...trauma...

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.039270 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top