CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Mati Nanti Conteng Kain Kafan Okay?"-Budak Lepasan SPM Dikutuk

28-11-2017 04:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8383| Komen: 38|Original author: Oleh: Myra Rozi

Kalau tak penuh contengan satu baju memang tak sah! Alasannya konon-konon nak meraikan hari-hari terakhir persekolahan.

Tengok sahaja gambar-gambar yang tersebar di Facebook, macam-macam corak dan tulisan ada di baju sekolah mereka.


Foto: Facebook
Seolah-olah menjadi trend, tradisi conteng-menconteng di kalangan pelajar tingkatan lima ini nampaknya telah mengundang pelbagai reaksi dari pelbagai pihak.

Ada yang mengatakan sebaiknya baju tersebut diberi kepada adik beradik lain atau sekurang-kurang disedekahkan kepada mereka yang lebih memerlukan. 


Mereka juga mendakwa perbuatan begini seolah-olah tidak menghargai penat lelah ibu bapa yang bersusah payah mengeluarkan belanja untuk membeli baju sekolah dan barang keperluan lain.

Sampai Pencetus Ummah Azman pun ada menegur mengenainya melalui Twitter.

Ruangan komen di media sosial juga penuh dengan pelbagai kecaman. 

Antara yang mengulas tentang perkara ini adalah Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (Wazan) Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Razal.

Jelasnya, menconteng baju sekolah sebagai kenang-kenangan selepas habis belajar bukanlah satu kesalahan.

“Saya berpendapat ia sebagai tanda kenang-kenangan bersama rakan-rakan pada masa akan datang untuk diimbas kembali zaman persekolahan mereka.

“Tak salah conteng baju sekolah, tapi biarlah dengan cara bersopan, disimpan dengan baik dan bukannya dibuang selepas diconteng,” katanya kepada mStar Online.

Foto: Facebook
Pokoknya di sini, terpulanglah bagaimana cara untuk meraikan sesuatu namun janganlah berlebih-lebihan sehingga mendatangkan mudarat atau keburukan. 

Apa kata anda? -CARI
20

Bagus
11

Marah
8

Terkejut
11

Sedih
6

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 28-11-2017 05:33 PM
kalo depa 'conteng arang ke muka mak apak' tanda perpisahan...lg haru biru...biar jer lh...kan depa 'budak2 sekolah'...
Quote damian_lee 28-11-2017 06:23 PM
Aku confuse
Apa kena mengena baju sekolah ngan kapan
...
Cannot brain
Jah
Quote CiliPadiSedap 28-11-2017 06:26 PM
akak conteng kereta cikgu  kalau conteng baju tiada kenangan dik
Quote chazey 28-11-2017 07:42 PM
Korang ni serius sangat dah kenapa? Nak kojol awal kena kanser ka?
Quote sayawifenikmie 28-11-2017 09:23 PM

.. alaaaaaaa ..lantak la deme nak seronk2 lepas stress SPM ... lagipun bajunya pun dah nampak lunyai2 jer ... dah pakai setahun hentak kot ....
Quote MissVixen 28-11-2017 11:15 PM
Kalau dah takde adik beradik nak pakaiblagi baju tu. Conteng je la. Lepas tu frame kan. Tapi kasi basuh hilang bau peluh dlu.
Quote SerenaBlair 29-11-2017 12:00 AM
Alaa dorang nak seronok2 buat kenangan
Quote kroit92 29-11-2017 12:27 AM
dulu aku lepas sekolah, sebelum buat kerja gila ni,
mintak kebenaran mak abah dulu, boleh dak?
dua2 kata tak boleh!

besok nya bangun pagi,dah habis spm kan, dah tak sekolah.
elok baju aku kat lantai, dah jadi kain lap kaki..

hoooraayyy makkk
Quote Levespa 29-11-2017 06:59 AM
ikut suka diorang laa aduiiii
Quote fushimi 29-11-2017 08:59 AM
damian_lee replied at 28-11-2017 06:23 PM
Aku confuse
Apa kena mengena baju sekolah ngan kapan
...

ummah melis takkan ko tak faham


Quote mziskandar 29-11-2017 09:04 AM
Komen punan 2016.
Quote rogayahtop 29-11-2017 09:08 AM
wall fb kan ada. conteng je wall fb. lepas tu pun ada pulak yg komen napa tak bagi wall fb kat anak org yatim.

Quote chinta89 29-11-2017 09:10 AM
kat sekolah adik ak, habis duk simbah2 pewarna2 tuh. mybe boleh hilang kot kalau basuh?

kalau x hilang, mmg aku mrh lah. ko senang2 conteng baju, ingat pakaian tu mak pak beli free????

Quote ahcun90 29-11-2017 09:14 AM
apa benda la budak2 skrg ni
Quote pittjie 29-11-2017 09:30 AM
akak ok je budak2 buat perangai cenggini lps habis sekolah. provided .. ko simpan baju tu buat kenangan ya. mmg dulu ada je kawan akak buat cenggitu. tapi tak tau la dia org simpan lagi tak baju yang dah penuh dgn tandatangan kawan sekelas tu.  like myself .. walau pun baju akak tak berconteng2  .. namun nak bagi baju akak yang dah digunapakai kat org mmg tidak sama sekali. coz i am kedeq like det. hahah. tak la .. baik akak bagi baju baru kalau nak bagi org.

dan iya .. iols is so tak faham yang komen pasal kain kapan. ko ingat habis sekolah tu tanda dah mati ke hapa?
Quote UsuFie 29-11-2017 09:45 AM
zaman usu guna  autograph book...


ada yg tau tak buku otogerap ni cemana rupa?
Quote cewekbopot 29-11-2017 09:45 AM
dah berzaman aku ase trend ni. dari zaman aku skul dolu2..buat gak..mungkin artistic level dah improve la kot
Quote gerbera.memopad 29-11-2017 10:15 AM
Zaman aku dulu, kitorang buat biodata book

Tradisi conteng baju ni selalu kat Indo kan, tak sangka pulak menular kat sini. Tapi okey apa, tak ada yg mudarat pun, jgn la butthurt sgt.
Quote fly_in_d_sky 29-11-2017 10:45 AM
benda ni fly tak pernah buat ... i think my mom bagi pada orang ...
baju sekolah masih elok .. takde koyak ke apa ...
cuma kena alter kalau ada siapa nak ...

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 1.079449 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top