CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Suami Asyik Lebihkan Kereta Saja, Ni Makan Dia - Isteri Geram...

28-11-2017 11:09 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6753| Komen: 27

Seorang isteri meluahkan rasa bengang dan juga kecewa dengan sikap suaminya yang didakwa kedekut serta berkira.

Meskipun dengan anak dan isteri sendiri, suaminya dikatakan memang 'tangkai jering'. Tak tahu apa punca masalah, adakah mahu berjimat, mengurangkan kos yang makin tinggi dan sebagainya. 


Wanita ini meluahkan perasaan menerusi laman Facebook Kisah Rumah Tangga seperti berikut;


"Assalamualaikum admin. Boleh tolong kongsi tak cerita ni? Saya geram dengan suami saya, perangai macam budak-budak.

"Saya nak beli barang anak, dia cakap saya membazir. Dahlah duit dekat bini pun tak kasi. Dia habiskan duit dekat kereta dia, tak membazir pula? 


"Saya terlalu geram dengan dia, itu yang bercorak kereta dia. Ingatkan nak saja simbah cat dekat kereta dia. Biar padan muka dia," luah wanita yang tidak didedahkan namanya itu. 


Menerusi status di Facebook itu turut dimuatnaik beberapa keping gambar kereta yang dikatakan milik suaminya telah pun diconteng sehingga ia nampak buruk di mata. 

Nyata wanita ini bukan main-main bila mengatakan dia terlalu geram dengan suaminya. 




Dalam pada itu, terdapat pelbagai reaksi di kalangan netizen. Ada netizen yang mempertikaikan tindakan wanita ini meskipun memahami suaminya tidak berlaku adil.

Selain itu, ada juga yang berkongsi kisah yang sama bila suami mereka turut lebih mementingkan kereta berbanding keperluan anak-anak di rumah. 

Tak kurang juga yang mengecam wanita kerana berkelakuan tidak matang dan seperti kebudak-budakan. 


"Apa ke bodoh kau ni otak macam tadika..ni kalau laki panas barang memang sia-sia dapat penampor Jepun..

"Dari ko conteng kereta baik ko conteng muka laki kau.."

Apa pula pendapat anda tentang hal ini?- CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 28-11-2017 11:20 AM
myvi je kot.. dari ko conteng baik ko jual je kak..
beli motor naik anak beranak..
clearly hanya motor je laki and ko mampu tanggung..
and stop beranak selagi tak mampu nak sara nafkah anak bini..
Quote zulka 28-11-2017 11:37 AM
tengok kete pun dah tau laki dia ni jenis mcmana...
cik kak...laki hang ni gila make up kete.....tu yg besopak sopak tu beli kat halfcut bodypart Passo
spotrim pun P1 Buddy Club racing...spotrim dgn bodypart saja nak cecah 4K dah tu.....patutla kedekut duit...
ni org kata nk make up kete tapi bajet ciput.....
Quote debab76 28-11-2017 11:37 AM
tak bebaloi nya sis chuols conteng myvi! sejenis hadap viral la ni
Quote nisako 28-11-2017 11:46 AM
macam budak2 pulak conteng kereta
Quote vanillaninja 28-11-2017 11:57 AM
I tak tau nak comment apa. Apa yang sheols harapkan hasil perkongsian tersebut?
Quote mrizumi 28-11-2017 12:05 PM
Kata laki dia mcm bdk2..dh tu dia duk main conteng2? Sama ja prngai..
Quote saladin780 28-11-2017 12:18 PM
selayaknyalah si kedekut kawin sama si bangang..sekhufu gitu
Quote Artemesiaa 28-11-2017 12:48 PM
Akibat bila orang nak bernikah dia pun nak juga pada hal masih belum betul2 bersedia lagi sebenarnya nak pikul tanggungjawab sebenar
Quote BebeQ 28-11-2017 12:55 PM
Myvi laki adik tu pun memang dah hukum patut modify. Bumber depan belakang pun dah kopak, perlu cat baru pulak.
Kalau tak buat, adik juga yang malu balik beraya nanti.

Sebenarnya adik yang pendek akal.
Quote cikpah27 28-11-2017 12:58 PM
haha.. eloklah laki bini.. sama padan..
Quote CiliPadiSedap 28-11-2017 01:00 PM
zulka replied at 28-11-2017 11:37 AM
tengok kete pun dah tau laki dia ni jenis mcmana...
cik kak...laki hang ni gila make up kete.....tu ...

tu lah org ckp ada gaji sikit make up kereta, sakai.
Quote mieymiey 28-11-2017 01:04 PM
Kalau dengan menconteng kereta tu dapat puaskan hati akak, siapalah netizen nak bagi pandangan kan
Quote akik 28-11-2017 01:04 PM
Bingainya acik ni. Dah la laki kau miskin naik myvi je, kau pergi conteng nanti laki kau kena spend duit  nak cat baru pula.
Quote fushimi 28-11-2017 01:28 PM
laki tak bagi duit sebab banyak habiskan duit dekat kereta WTF la

selayaknya ko tak kawin ngan jantan keparat macam ni kakak

Quote felinecat 28-11-2017 02:08 PM
oh. rendahnya iq pasangan ino
Quote Themilo 28-11-2017 02:27 PM
dari pandangan mata iols, takde plak nampak keta tu diubahsuai / mekap berlebihan.. biasa2 aja.. setakat sport rim, bumper depan & boot belakang (maybe beli kat kedai potong & lom sempat cat)..

takde habis banyak mana pun duit laki kau kat kereta tu.. lampu depan yang dah kuning berkeladak tu pun laki kau masih tak mampu nak polish..

jangan over reacted boleh tak?
Quote Jorja 28-11-2017 02:43 PM
Tak boleh bawa bincang ke sis.. kasi viral bukan boleh selesai pun kena kecam adalah.
Quote chaotic_soul 28-11-2017 02:50 PM
hihi..macam2 perangai manusia sekarang ni
Quote insulin 28-11-2017 03:13 PM
Selayaknyalah. Kedekut nak bagi duit kat bini lebih baik ko jangan kahwin.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.159892 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top