CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Gadis Kulit Putih Dari Afrika Selatan Dinobatkan Jadi Miss Universe 2017, Ini Kata Netizen...

27-11-2017 04:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7688| Komen: 34|Original author: Oleh: Adib Za

Miss Universe 2017 baru sahaja melabuhkan tirainya di Las Vegas dan nampaknya takhta ratu cantik telah diberikan kepada si cantik Demi-Leigh Nel Peters dari Afrika Selatan.

Nel-Peters telah menyingkirkan pesaing terdekatnya iaitu Miss Colombia Laura Gonzalez yang menduduki tangga kedua dan juga Miss Jamaica, Davina Bennett yang terpaksa berpuas hati berada di tangga ketiga. 

Ini sekaligus menamatkan kemarau empat dekad Africa Selatan selepas kali terakhir memenangi gelaran itu pada tahun 1978. 

Gadis Kulit Putih Dari Afrika Selatan Dinobatkan Jadi Miss Universe 2017, Ini Kata Netizen...
Gadis berusia 22 tahun itu baru sahaja menamatkan ijazah pertama dalam bidang perniagaan di Universiti North-West. 


Selain kecantikannya, antara yang melayakkan kemenangan wakil dari Afrika Selatan ini ialah jawapan yang diberikan ketika sesi Q&A.

Ketika ditanya apakah isu penting yang dihadapi para wanita di tempat kerja, ini jawapan bernas yang diberikan:

"Di sesetengah tempat kerja, kaum wanita hanya mendapat bayaran 75 peratus daripada bayaran kaum lelaki sedang apa yang mereka lakukan adalah kerja yang sama, waktu kerja yang sama..

Gadis Kulit Putih Dari Afrika Selatan Dinobatkan Jadi Miss Universe 2017, Ini Kata Netizen...
"Dan saya tak percaya ia merupakan perkara yang betul. Saya rasa kita seharusnya mempunyai kerja yang sama banyak dan juga bayaran yang sama banyak (dengan lelaki) buat semua wanita di seluruh dunia."

Dalam pada itu, tidak sampai pun beberapa jam kemenangan gadis ini, dia telah menjadi bahan kutukan mereka yang rasis. 

Gadis Kulit Putih Dari Afrika Selatan Dinobatkan Jadi Miss Universe 2017, Ini Kata Netizen...

Kata netizen, wanita ini tidak layak merangkul gelaran Miss Universe dari Afrika Selatan yang majoritinya adalah populasi kaum berkulit hitam.

Gadis Kulit Putih Dari Afrika Selatan Dinobatkan Jadi Miss Universe 2017, Ini Kata Netizen...
Apa pula pendapat anda? - CARI 

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Gdonvideo

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idril 27-11-2017 04:32 PM
Racistnya pak itam kat sana
Quote noraidil_06 27-11-2017 04:34 PM
Korang rasis x pe pulak. Dh dia lawa,  nk buat mcm mn.

Puas hati dgn result  miss universe n world. Dua2 dabom
Quote vanillaninja 27-11-2017 04:51 PM
Apa masalahnya? Sheols memang asal sana kan? Bukannya sheols immigrant.
Quote Deidra 27-11-2017 04:56 PM
Okela tu,kurang2nya berakhir jua kemarau miss universe utk afrika,walau kemarau sebenar x pnh berakhir di sana
Quote irwansuhadi 27-11-2017 05:11 PM
charlize theron pun south african kan?
Quote MsKathryn 27-11-2017 05:30 PM
Nigga mmg racist pun..
Quote CardiGans85 27-11-2017 05:57 PM
Kdg2 sy tgk black people yg racist..idk why
Quote paz 27-11-2017 06:03 PM
Kalau dia white sekali pun, bukan warga negara South Africa ke?
Quote kerawangcantik 27-11-2017 06:03 PM
White ke black ke sama je. Masing2 proud n racist
Quote greantea 27-11-2017 06:11 PM
kulit itam dia kata org xpe. jgn org kata dia. mengamuk kata racist
Quote ohnoLia 27-11-2017 07:09 PM
noraidil_06: Korang rasis x pe pulak. Dh dia lawa,  nk buat mcm mn. Puas hati dgn result  miss universe n world. Dua2 dabom
miss world tu yg tanah hindi kan sis?
Quote jane_hopper 27-11-2017 07:21 PM
Dorg nk jamaica menang, katanya jamaica x dpt title MU sbb racist, white privilege, katanya MU x akan dpt kat kulit hitam lg2 jamaica tu plk dgn style rambut afro bagai, sbb tu masa jamaica diumumkan 2nd runner up crowd booed, however, for me SA deserves to win
Quote mirmo_19 27-11-2017 07:25 PM
Tapi u.s.a yg majority white people xde masalah pon bila black people yg represent diorang sebagai Ratu cantik u.s.a, so why kt south Africa xbole plak, not good okay south Africa racist cmni tapi I olls faham gak la laharan ni mungkin sbb bagi diorang Ratu tu x mencerminkan south Africa yg sinonim dgn black people..
Quote moonbug 27-11-2017 08:32 PM
Black people kadang2 lagi racist than white
Quote samasam90 27-11-2017 09:21 PM
netizen bow dough.. so kaalu majoriti hitam, kena pilih hitam ke?? hello kat hollywood berlambak south african darah asli yg puteh meletups asli
Quote Skuau 27-11-2017 10:05 PM
samasam90 replied at 27-11-2017 09:21 PM
netizen bow dough.. so kaalu majoriti hitam, kena pilih hitam ke?? hello kat hollywood berlambak sou ...

mungkin ore nk tgk yg 'asli' wakil negara memasing...
Quote CiliPadiSedap 27-11-2017 10:23 PM
Akak dulu cita2 nak jadi miss universe, sekali jd miss cari forum. Kalah final lawan sis vokuru sebab kopek berat sebelah
Quote lesprincesse 27-11-2017 10:29 PM
Orang2 yg komen tu mesti americans. Diorang tu sangatla choyy dalam internal affairs lagi mau komen like dat. Hello kat South Africa pun ada laa ethnic yg white. Lagipun for all u know she is chosen due to her communications skills ke apa ke bukan looks semata kot
Quote Tikahtokah 27-11-2017 11:07 PM
Orang barat sangat ler rasist dengan kulit kan? Haish pelik mak

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.062751 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top