CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penumpang Terjun Kereta Selepas Pemandu Uber Tunjuk 'Anu'

27-11-2017 03:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5666| Komen: 31

Seorang penumpang wanita nekad terjun dari kereta selepas pemandu Uber didakwa menunjukkan kemaluan dan merabanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi Khamis lalu, wanita berusia 23 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari Jalan Sungai Besi ke Taman Jaya, lapor China Press seperti dipetik FMT.


“Tempat duduk belakang kereta suspek sudah penuh, jadi saya terpaksa duduk bahagian depan,” katanya kepada China Press.



Menurutnya, suspek tiba-tiba memandangnya sambil mengeluarkan kemaluannya ketika mangsa sedang menjawab panggilan telefon.

Mangsa meminta pemandu berkenaan menghentikan kenderaan kerana terkejut dan takut dengan tindakannya itu. Namun, pemandu terbabit tidak mengendahkannya, sebaliknya mengunci pintu dan tingkap sebelum mula merabanya sambil memandu.


Sebaik sahaja kenderaan itu berhenti di lampu isyarat merah, mangsa segera melompat keluar dari kereta berkenaan. Trauma dengan kejadian, wanita terbabit membuat laporan polis kira-kira jam 12 tengah malam Sabtu di Balai Polis Bandar Sunway hanya selepas dinasihatkan rakannya.

Bagaimanapun, mangsa hanya mengingat jenis kenderaan (Perodua), tetapi terlupa nombor pendaftaran kereta berkenaan.

Sebelum kejadian, mangsa yang juga seorang perunding kecantikan itu berkata, dia terpaksa menaiki kereta terbabit di mana pemandunya memiliki rating 4.47 bintang kerana tiada pemandu lain yang mahu menerima tempahannya ketika itu. - CARI

1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
10

Lawak

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kentel 27-11-2017 03:14 PM
erm....kata naik uber...xkan xde rekod request???
Quote prettyuglybabe 27-11-2017 03:20 PM
uber kan ada rekod segala details?
Quote mieymiey 27-11-2017 03:32 PM
Tempat duduk belakang dah penuh? Kengkawan driver tu ker yang duduk kat belakang? Semua pakat diam dan tengok jer amoi tu kena raba? Lupa nombor plat kereta? Takder dalam apps ker? Eh banyak pula soalan i
Quote LostStar 27-11-2017 03:43 PM
eh xblh track ke? aneh laaa...
Quote moonbug 27-11-2017 03:57 PM
Kan ada record masa booking, details eg nama, no plate kereta, jenis kereta semua ada. Check blk tgk
Quote Joannalee 27-11-2017 04:00 PM
Kan ada dlm app uber no plate ape sume
Quote CiliPadiSedap 27-11-2017 04:00 PM
moonbug: Kan ada record masa booking, details eg nama, no plate kereta, jenis kereta semua ada. Check blk tgk

Iphone tiada rekod dik, mereka pakai gesture face technology
Quote EncikRhoma 27-11-2017 04:47 PM
kenapa tak tarik je sampai putus?
Quote Tikahtokah 27-11-2017 05:46 PM
Takot aku dengauuu{:stress
Quote cairel_azlie 27-11-2017 05:51 PM
Memang bodoh driver uber dan grabcar yg buat hal..psl anytime bleh kantoi...nxt time drive ko bawak jer malam minggu kalo muka hensem anytime boleh dapat free...tapi kena take time sikit ler...yg penting kena gain trust dulu....haha
Quote dess402 27-11-2017 05:54 PM
Motif bila tempat dusuk belang penoh ? Dan kata pintu dah dilock ?
Quote ninja boy 27-11-2017 06:01 PM

Quote ninja boy 27-11-2017 06:02 PM

Quote Vokuro 27-11-2017 06:35 PM
Bimbo nya kau dek tak ingat no kereta bagAi. Check jah app uber itu dek. Segala detail pun ada. Ini jenis stok bimbo tapi nak juga guna uber
Quote noell 27-11-2017 06:43 PM

hang bawak jer pepper spray satu plus kacip pinang satu...hg tunjuk kt driiver tuh mana satu dia prefer...tapi hg jangan pepperspray kan mata dia eksiden dek...spray jer konek dia sampai abih sebotol baru dia tau erti penyesalan
Quote Tikahtokah 27-11-2017 08:46 PM
noell replied at 27-11-2017 06:43 PM
hang bawak jer pepper spray satu plus kacip pinang satu...hg tunjuk kt driiver tuh mana satu dia p ...

Hahahhahahahah. Memang die menyesal sungguh lewww jawab nyaaa. Hahahahah
Quote AbukRokok 27-11-2017 08:59 PM
adakah konspirasi utk menjatuhkan uber?
boleh plak uber stop stop amik penumpang lain?
Quote JunkMail 27-11-2017 09:02 PM
Kan ada record...dah tentu kau pakai apps
Quote salmon-suki 28-11-2017 01:16 AM
Knp tmpt blakang penuh?pmpuan tu ngn kwn2 die ke ape?y blakang tu xtgk ke pmpuan tu kne raba?mcm tipu je cte ni....sy x percaya ngn cte ni 100% selagi xde bukti kukuh..

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.073471 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top