CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Letusan Gunung Agung, Amaran Tertinggi Dikeluarkan

27-11-2017 12:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6317| Komen: 40

Berikutan letusan Gunung Agung yang semakin buruk, pusat gunung berapi Indonesia mengeluarkan amaran bersiap sedia (red alert), lapor BBC.



Letusan itu mengeluarkan asap tebal yang mencapai ketinggian 3,400 meter (11,150 kaki) dari puncak menyebabkan lapangan terbang Bali ditutup dan ribuan pelancong terkandas.



Selain letusan gunung berapi, bunyi dentuman yang kuat turut kedengaran sehingga radius 12 kilometer.

Pihak berkuasa memerintahkan penduduk dalam zon sekitar 10km untuk berpindah dari kawasan tersebut.



Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Sutopo Purwo Nugroho memberi amaran kepada penduduk setempat supaya tidak melakukan sebarang aktiviti di sekitar sungai.




Beberapa penerbangan dibatalkan termasuk ke pulau Lombok akibat debu dibawa angin ke arah itu.


Foto: Reuters/BBC

Kali terakhir Gunung Agung meletus ialah pada 1963 dan mengorbankan lebih 1,000 orang.

Ia kembali aktif pada September lalu, menyebabkan pemindahan besar-besaran selepas pihak berkuasa menaikkan amaran pada tahap tertinggi.



Namun, beberapa penduduk pulang ke rumah masing-masing pada Oktober apabila amaran gunung berapi diturunkan ke tahap kedua tertinggi.

Menurut AFP seperti dipetik Harian Metro, 25,000 penduduk dipindahkan selepas berlaku gegaran di Gunung Agung pada Selasa lalu. Kemudian, pada Sabtu, ia meletuskan abu dan asap buat kali kedua minggu ini. - CARI
30

Bagus
19

Marah
4

Terkejut
20

Sedih
13

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (112 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikgukafa 26-11-2017 10:39 PM
Gunung Agung Keluarkan Suara Dentuman, Terdengar Sampai Radius 12 KM
KARANGASEM, KOMPAS.com - Gunung Agung yang terletak di Karangasem, Bali mengeluarkan dentuman keras pada Minggu (26/11/2017) malam.
Bahkan suara dentuman terdengar sampai ke pos pantau di Desa Rendang yang letaknya 12 Km dari puncak kawah.
Bunyi dentuman ini terjadi seiring letusan menerus yang terjadi di Gunung Agung. Dentuman ini terdengar sebanyak dua kali pada rentang waktu pukul 20.00 - 21.00 Wita.



Quote cikgukafa 26-11-2017 10:43 PM


wuiii ngeri bangat


[youtube]afsGBmAUc84[/youtube]


Quote cmf_premierleag 26-11-2017 11:00 PM
Mohon cikgu kafa pegi je vacay ke kota bharu. Serambi mekoh tu.. Byk berkat
Gi bali byk dosa sbb tgk org pakai bikini kat kuta beach
Quote Skuau 26-11-2017 11:24 PM
cmf_premierleag replied at 26-11-2017 11:00 PM
Mohon cikgu kafa pegi je vacay ke kota bharu. Serambi mekoh tu.. Byk berkat
Gi bali byk dosa sbb tg ...

apabila cikgukafa simpan kopiahnya.......
Quote cikgukafa 26-11-2017 11:34 PM
cmf_premierleag replied at 26-11-2017 11:00 PM
Mohon cikgu kafa pegi je vacay ke kota bharu. Serambi mekoh tu.. Byk berkat
Gi bali byk dosa sbb tg ...

apakah kamu mengaku beriman sebelum kamu diuji??
insyallah, setakat diuji harem america berbikini, ana yakin ana lulus ujian.




Quote cikgukafa 26-11-2017 11:41 PM
Skuau replied at 26-11-2017 11:24 PM
apabila cikgukafa simpan kopiahnya.......

ada satu riwayat, orang alim masuk disco, seorang tukang fitnah nampak. lalu situkang fitnah hebuh sekampung beritahu orang kampung si alim tu berpura2 alim, tapi dalam diam2 si alim ke disco.
org2 kampung percaya mulut longkang si tukang fitnah dan memulau, menyindir, mencerca si alim. kelas agama nya tiada yang mahu pergi. si alim lalu kecewa dan pindah dari kampung.

2 minggu setelah itu, ada beberapa perempuan cantik datang kampung mencari si alim. orang kampung tanya, kenapa nak si alim?

perempuan cantik tu bagitahu, dulu kami kerja di disco, bergelumang dgn dosa. si alim ini yang tiap minggu datang disco tarbiyah kami hingga kami insaf. sekarang kami datang mahu berguru dengan si alim. orang kampung menangis beramai2 menyesali perbuatan mereka.

moral, org alim pi tempat maksiat, bukan nak buat maksiat yerrr.









Quote gumpita 27-11-2017 12:21 AM
cikgukafa replied at 26-11-2017 11:41 PM
ada satu riwayat, orang alim masuk disco, seorang tukang fitnah nampak. lalu situkang fitnah hebuh ...

Pardon me,


Jika keinginan  untuk berdakwah ditempat maksiat lebih mendatangkan fitnah keatas diri sipendakwah ....pertimbangan yg mana yg seharusnya dititikberatkan oleh pendakwah tersebut?
Quote cikgukafa 27-11-2017 11:09 AM

guru tarikat ana pernah berkata, 'ente pergi mana pun, ente buat apa pun, ente cakap apa pun, mesti ada yang fitnah ente'


Quote Iema5008 27-11-2017 12:27 PM
Workmate aku pun stuck kat sna skrg... katanya nak bt mcm mna, benda dh jadi enjoy the scence...
Quote puteribaya 27-11-2017 12:38 PM
cikgukafa replied at 26-11-2017 11:41 PM
ada satu riwayat, orang alim masuk disco, seorang tukang fitnah nampak. lalu situkang fitnah hebuh ...

sama gak dengan sorang kaki judi..mati kat mesjid..org kg puji dia kata dah taubat..rupanya dia nak tumpang kencing kat tandas mesjid je
Quote cikgukafa 27-11-2017 12:43 PM
puteribaya replied at 27-11-2017 12:38 PM
sama gak dengan sorang kaki judi..mati kat mesjid..org kg puji dia kata dah taubat..rupanya dia na ...

ya ana kenal si penjudi ini. nama dia alwi.hari itu dia kalah judi teruk, dia jumpa ana mintak pinjam duit, ana kata insaf la,pi masjid taubat.
dia pi masjid, lepas kencing, dia niat berwudhu dan ingin solat dan taubat tidak mahu berjudi lagi.

sebaik habis solat, dia meninggal, ana yang urus mayat dia a-z dengan pertolongan orang kampung.








Quote Vokuro 27-11-2017 01:40 PM
https://www.express.co.uk/news/w ... s-Indonesia-flights

airport bali dah katup.
selayak nya lah dengan acik2 kepam kat sana stranded.
harap ada berita drama queen mereka sehari dua lagi. kalau bukan sekarang
Quote Mary_jane 27-11-2017 02:00 PM
Bestnya bali. Tapi tu lah kalau tak kena bom, volcano plak yang bahaya. Tapi tempatnya syok.
Quote fushimi 27-11-2017 02:01 PM
hari tu aku gi bali ni aman aman jah gunung agung ni
Quote puteribaya 27-11-2017 02:21 PM
cikgukafa replied at 27-11-2017 12:43 PM
ya ana kenal si penjudi ini. nama dia alwi.hari itu dia kalah judi teruk, dia jumpa ana mintak pin ...

alhamdulillah jika itu sebenar pengakhirnya..husnozon
Quote Aliaskotonggo 27-11-2017 02:25 PM
cikgukafa replied at 26-11-2017 11:41 PM
ada satu riwayat, orang alim masuk disco, seorang tukang fitnah nampak. lalu situkang fitnah hebuh ...

apa pulak fitnah, si tukang pitnah cuma report yang betul je.......entah2 si alim atau geng2 sanak saudara si alim yang upah 2 org pompuan tu berlakon just utk bersihkan nama si alim...janganlah marah...kritikal tinking je
Quote Aliaskotonggo 27-11-2017 02:25 PM
cikgukafa replied at 27-11-2017 11:09 AM
guru tarikat ana pernah berkata, 'ente pergi mana pun, ente buat apa pun, ente cakap apa pun, mest ...

cikgu tadika ana kata, kalau kamu tempatkan dirimu ditempat hina, jangan salahkan orang kalau memfitnah kamu. jadi jangan cari jalan dan bola tanggung utk bagi org ruang memfitnah kita...
Quote gumpita 27-11-2017 02:58 PM
cikgukafa replied at 27-11-2017 11:09 AM
guru tarikat ana pernah berkata, 'ente pergi mana pun, ente buat apa pun, ente cakap apa pun, mest ...

Guru tarikat ente may have overlooked on the aspect of.......bahawa sesungguhnya, bezanya Ustaz dgn orang kebanyakan adalah ilmu agamanya, perhaps........lebih mengambil pendekatan proaktif....mencegah dari merawat....


Quote brown_pupil 27-11-2017 03:03 PM
mesti lama kena tutup tu... selalu nya time2 cemgini Bali tengah happening.. masuk bulan 12 nanti lagi best..

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.078218 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top