Agaknya menjadi trend pula di laman sosial apabila ramai berlumba-lumba memberikan tips untuk membeli rumah meskipun mempunyai gaji yang kecil atau pun sederhana.
Tak terlepas juga lelaki ini yang dikenali sebagai @azlancelticon, menerusi laman Twitter kononnya mahu berkongsi cara lebih hebat. Katanya, cara yang bakal ditunjukkan ini boleh membeli rumah dalam masa 10 bulan bekerja sahaja, malah mereka yang mempunyai pendapat RM3000 ke bawah pun boleh membelinya. "Firstly, jangan kumpul hutang jahat banyak2. Try to eliminate, if you dont. It is nearly impossible to do this.."
Wah, nampak seperti nasihat yang agak memberasangkan. Baca lagi tips seterusnya. Memang makin teruja rasanya. Aha..siap bagi pengiraan untuk memudahkan ramai lebih faham katanya. Jap, biar betul dia ni! Patutlah kumpul RM300 sahaja sebulan. Alahai kita sudah terkena! Sebenarnya perkongsian ini agak melucukan meskipun ramai yang berasa 'angin' satu badan selepas membaca tips satu persatu. Dalam masa yang sama, cara lelaki ini dapat mempromosikan rumah kucingnya dengan cara viral. Hai, macam-macam cara untuk popular. Pun begitu, anggap sahajalah perkongsiannya sebagai lawak jenaka bagi menenangkan fikiran yang kusut. Ok je kan? - CARI
|
7
Bagus |
4
Marah |
10
Terkejut |
7
Sedih |
5
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
idakamaruddin: cantik gila umah kucing diaaaamahal ke murah rege tu? maaf tak de kucing so x tau
ADVERTISEMENT