Ketinggian antara syarat utama yang harus dimiliki jika mahu menjadi seorang model profesional selain memiliki bentuk tubuh dan rupa paras menawan.
Namun, Dru Presta mematahkan stereotaip industri fesyen apabila membuktikan dirinya juga mampu berjaya sebagai seorang model walaupun mengalami masalah pertumbuhan dwarfism (kekerdilan) sejak lahir. Kini, nama Dru kian meniti di bibir penggemar fesyen dan dunia peragaan. Gadis berusia 21 tahun itu berasal dari Reno, Nevada, Amerika Syarikat dan memiliki ketinggian 3 kaki 4 inci iaitu sekitar satu meter.
Memetik India.com, Dru sering dibuli kerana keadaan fizikalnya yang digelar penyakit akondroplasia iaitu kekerdilan yang disebabkan gangguan pada tumbesaran tulang. Dru bagaimanapun, tidak pernah patah semangat dan terus berusaha mencapai impiannya. Model genit itu kemudiannya berpindah ke Los Angeles dan tekad membuktikan kemampuan dirinya. Kepada anda di luar sana, contohi Dru yang membuktikan tiada apa boleh menghalang anda dari mencapai impian. - CARI
|
16
Bagus |
13
Marah |
3
Terkejut |
9
Sedih |
14
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CiliPadiSedap replied at 24-11-2017 04:00 PM
lagi bergaya daripada neelofa ( u shout up adik bambam)
ADVERTISEMENT