Penjara? Tiada sesiapapun di atas muka bumi ini sengaja suka-suka nak masuk penjara. Mana-mana penjenayah pun tak ada yang suka duduk dalam penjara.
Sempit, busuk dan kotor. Siapa yang mahu, kan? Tapi, tak semua manusia di dunia ini sama cita rasanya. Mungkin jika anda teringin merasakan kehidupan dalam penjara, anda boleh cuba menginap di sebuah hotel di Bangkok yang bertemakan penjara. Anda boleh merasakan pengalaman bermalam di sebalik tirai besi penjara pada harga 1,309 Baht (RM165) semalaman.
Memetik Mail Online, sebaik sahaja check in di Hotel Sook Station ini, gambar anda akan diambil sebagaimana dilakukan kepada penjenayah. Kemudian, anda akan diberi sepersalinan pakaian tido bercorak hitam putih seperti pakaian banduan. Anda tidak akan diberikan kunci bilik, sebaliknya anda akan diberi nombor banduan dan berkongsi bilik air seperti penjara sebenar. Tapi acah-acah penjara sajalah. Sebabnya, anda masih boleh menikmati tidur yang lena di atas tilam empuk. Selain itu, hotel ini turut menyediakan tab mandi, kedai kopi untuk bersantai-santai serta ruang bekerja untuk menyiapkan kerja-kerja pejabat anda yang terbengkalai tu. Patung beruang pun ada untuk menghiburkan anda! Ada ke yang terasa nak bermalam macam seorang banduan? Tapi janganlah fefeeling macam penjanayah pula, sudahlah ya? - CARI
|
6
Bagus |
2
Marah |
11
Terkejut |
16
Sedih |
6
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT