Seorang wanita mengaku memasukkan empat bayinya yang baru dilahirkan ke dalam baldi dan membunuhnya. Laporan Asahi Shimbun menyatakan, Mayumi Saito, 53 mengisi baldi tersebut dengn konkrit di apartmennya di Osaka, Jepun.
Difahamkan tindakan kejam tersebut diambil akibat Mayumi tidak yakin mampu membesarkan anak-anak dengan pendapatannya ketika itu. “Saya rasa tidak mampu membesarkan mereka. Saya tiada siapa untuk mengadu.” Dia menyerah diri kepada polis dan mengaku melahirkan bayi tersebut di antara tahun 1992 hingga 1997. Kesemua anak adalah hasil dari hubungannya bersama bekas teman lelaki.
Polis kini sedang menyiasat, sama ada semua bayi adalah dari benih seorang lelaki atau dengan lelaki berlainan. Hasil geledah, empat baldi berisi konkrit yang disorokkan dalam almari ditemukan. Setakat ini belum dapat dipastikan mengapa wanita berkenaan menyerah diri dan mengakui kesalahan jenayahnya. -CARI
|
arm_band replied at 21-11-2017 06:01 PM
gambar pertama = menjaga aib Japanese level?
just wow
tobby replied at 21-11-2017 06:30 PM
jepun pun hidup susah ... mari sokong pembangkang.
PEPPERMAN replied at 21-11-2017 06:35 PM
Dapat inspirasi dari kes kevin morais
ADVERTISEMENT