Perut berkeroncong lapar, nak keluar malas pula. Hidangan paling simple boleh dibuat adalah lempeng. Kalau lempeng biasa memang membosankan! Sesuai untuk 'geng pemalas', kali ini cubalah Lempeng Inti Coklat Crunchy.
Memang terlajak sedapnya. Resepi dari Afil Jefri, ringkas dan mengenyangkan. Jom cuba. Bahan-Bahan 3 sudu besar tepung gandum 1 biji telur ayam 2 sudu besar gula Air sebanyak yang perlu Sedikit garam Ovomaltine (Hero dalam filem ni) Cara-Cara
1. 3 sudu besar tepung gandum pun dah cukup. (Ikut keperluan masing-masing) 2. 2 sudu besar gula tak terlalu manis dan tak terlalu tawar. Sedang-sedang saja 3. Guna sebiji telur ayam bersaiz agak besar. Kalau saiz kecil, guna dua biji 4. Ini adalah superhero! Lagi sedap daripada Nutella. Harga sebalang Ovomaltine ini dalam RM20. 5. Garam secukup rasa, guna secubit nak bagi balance. 6. Masukkan air untuk bagi pekat 7. Gaulkan semua bahan-bahan itu dalam satu mangkuk. Sebelum masukkan air, akan jadi kental teruk. Tapi jangan gelabah! Masukkan air sedikit demi sedikit 8. Buat sampailah gabungan bahan-bahan itu sebati dan jadi begini 9. Panaskan kuali, sapu dengan minyak masak 10. Bila dah siap, angkat dan sebelum sejuk,sapukan dengan Ovomaltine crunchy cream itu. 11. Letak lagi satu keping lempeng di bahagian atas 12. Potong, letak dalam pinggan dan hidangkan Selamat mencuba! -CARI Kredit Resipi: Afil Jefri
|
21
Bagus |
19
Marah |
11
Terkejut |
18
Sedih |
24
Lawak |
41
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT