Pelbagai cara untuk 'melepaskan' diri daripada masalah yang dicipta sendiri. Mulalah timbul macam-macam alasan yang tak masuk dek akal. Harian Metro melaporkan seorang isteri telah membuat helah kononnya diculik, rupanya mengaku melarikan diri bersama seorang lelaki.
Kejadian berlaku pada Jumaat lalu apabila wanita berusia 40 tahun itu tidak muncul ketika suaminya mengambil pulang dari tempat kerja di sekolah di Klang. Mangsa juga dikatakan tidak pulang pada hari berkenaan dan keesokannya, suami mangsa yang berusia 55 tahun menerima panggilan melalui telefon isterinya. "Panggilan itu meminta suami mangsa menyediakan wang tebusan RM5,000 jika mahu isterinya dilepaskan.
"Bimbang dengan keselamatan isteri, suaminya melaporkan kejadian itu kepada polis," kata Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan. Hasil risikan polis, mereka berjaya menahan wanita yang dipercayai ada kaitan dengan kes itu, 9.30 pagi semalam di Klang. Kemudian pihak polis menemui mangsa di hadapan restoran di Jalan Meru, Klang pada 11.30 pagi. Mangsa juga ditemui dalam keadaan baik. Suspek yang dipercayai teman lelaki mangsa telah ditahan pada sebelah petangnya.
|
vanillaninja replied at 14-11-2017 03:18 PM
Umur dah 40 tapi perangai macam BBNU.
zulka replied at 14-11-2017 03:11 PM
adoi la makcik umo dh 40taun pun membirah lagi
Modngengade1 replied at 14-11-2017 04:14 PM
selagi biji masih berdenyut selagi itu membirah konsepnyer sister....
Simunggu replied at 14-11-2017 04:15 PM
40thn?? lagi banyak airnya...
salmon-suki replied at 14-11-2017 07:16 AM
Aiyokkk...dah ler isteri org,lau dah xnk sgt kt somi tu,mtk cerai jela n kawin ngn boipren baru tu d ...
ADVERTISEMENT