Mungkin bagi sesetengah orang mereka akan berasa gembira sekiranya menjadi sumber inspirasi bagi mencipta sesebuah lagu. Namun, berbeza dengan Calvin Harris. Dia sebaliknya bengang kerana menjadi inspirasi untuk lagu putus cinta Taylor Swift iaitu Getaway Car.
Memetik sumber Hollywood Life, DJ berusia 33 tahun itu berasa terhina selepas mendengar lagu Taylor yang menceritakan kisah perhubungan mereka. "Dia tak suka cara Taylor mencari jalan mudah untuk move on dari hubungan mereka. "Dia harap Taylor bersikap jujur mengenai perasaannya jika dia benar-benar mahukan perpisahan," katanya.
Harris sebelum ini berharap agar penyanyi berkenaan bersikap lebih matang dan tidak menjadikan pengalaman hidupnya bersama semua bekas kekasih lain sebagai inspirasi untuk lagu-lagunya. Namun, Harris silap. "Harris berharap agar kisahnya dengan Taylor menjadi yang terakhir dizahirkan menerusi lirik lagu penyanyi itu. "Dia rasa, sudah tiba masanya untuk Taylor meneruskan kehidupan tanpa membabitkan namanya dalam mana-mana lagunya kelak," ujar sumber berkenaan. Agak mengejutkan apabila Taylor menyuarakan hasratnya untuk berpisah dengan Harris kerana sebelum ini mereka kelihatan gembira bersama. Kenapalah agaknya tu ya? Dilaporkan, Taylor menjalin hubungan dengan pelakon Tom Hiddleston, 36, sebaik sahaja berpisah dengan Harris. Kemungkinan besar, Hiddlestonlah yang menjadi “getaway car” seperti disebut dalam lagu berkenaan. Bila nak matanglah agaknya Taylor ni. Habis semua kisah peribadi nak dijadikan lagu. - CARI
|
11
Bagus |
10
Marah |
11
Terkejut |
19
Sedih |
12
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT