Hanya berbekalkan RM1, sarapan pagi anda sempurna dengan kenikmatan roti canai dan segelas teh 'o' panas. Dalam keadaan ekonomi sekarang, macam tak percaya masih ada lagi gerai yang menjual semurah ini!
Disebabkan harganya yang sangat rendah dan berbaloi, warung yang terletak di Melaka ini menjadi popular dan tular serta merta. Selain roti canai 50 sen, ada juga mi goreng, nasi lemak yang lengkap dengan hirisan timun segar, sambal tumis dan ikan bilis ada dijual dengan hanya RM1. Kalau nak telur goreng, boleh tambah dengan hidangan tadi dengan hanya membayar ekstra 50 sen.
Beraneka minuman panas seperti teh tarik, kopi, milo, nescafe, kopi o, teh o, dan telur separuh masak, juga dijual 50 sen. Wah, syurga makanan murah. Menurut pelanggan yang dah pernah mencuba, memang sedap katanya kerana pemilik sentiasa menjaga kualiti makanan walaupun dijual dengan harga yang sangat rendah. Kalau nak merasa, kena datang seawal jam 7 pagi. Kalau lambat, habis sebabn penduduk sekitar memang berpusu-pusu datang untuk bersarapan. Warung Roti Canai 50 Sen, Jalan Sri Krubong 2, Taman Sri Krubong, Batu Berendam, Melaka Waktu Operasi: 7 am- 12 pm Bagi yang ada perancangan untuk berjalan ke Melaka dalam waktu terdekat ini, jangan lupa singgah ya. -CARI
|
14
Bagus |
13
Marah |
10
Terkejut |
4
Sedih |
7
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cascutes replied at 15-11-2017 09:57 AM
warung gini kene byk customer baru ada huntung...
klu x nak bayau gaji cuci pinggan pun x lepas... ...
ADVERTISEMENT