|
Seorang penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam yang mengalami kecederaan ketika mendaki Bukit Kutu di Kuala Buku Baru mengalami peristiwa yang luar biasa.
Memetik laporan Harian Metro, Mohammad Anuar Mohammad Ismail Kil, 24 mengalami kekejangan otot akibat keletihan dan kesejukan sehingga membataskan pergerakannya. Namun, pelajar UiTM ini mendedahkan kesakitan yang dirasai mulai hilang ketika terdengar lauangan azan. “Hanya kesakitan yang saya rasai sepanjang berada di puncak Bukit Kutu. Ia hanya reda seketika apabila terdengar azan yang tidak tahu dari mana datangnya,” katanya kepada Harian Metro. Dia berkata ketika itu dia bersama tiga lagi rakannya mula mendaki pada jam 9 pagi sebelum dia mula terkena kekejangan otot empat jam kemudiannya. “Saya terlelap seketika sebelum meneruskan pendakian dan berselisih dengan beberapa pendaki tetapi peliknya tidak terserempak dengan rakan-rakan saya itu. Saya teruskan mendaki sehingga ke puncak bukit namun tidak menemui sesiapa. “Cuaca hujan memburukkan lagi keadaannya menyebabkan saya terpaksa berlindung di celah batu. “Pasukan penyelamat tiba jam 9.45 malam kelmarin dan terus memberikan rawatan awal,” katanya. Pelajar ini sedang dirawat di sebuah hospital di sana.
|
“Saya terlelap seketika sebelum meneruskan pendakian dan berselisih dengan beberapa pendaki tetapi peliknya tidak terserempak dengan rakan-rakan saya itu. Saya teruskan mendaki sehingga ke puncak bukit namun tidak menemui sesiapa.
taji2906 replied at 14-11-2017 02:28 PM
jap.. yg aku baca..
selepas ko kena cramp ko meneruskan pendakian ke? macamne ko boleh terlelap se ...

taji2906 replied at 14-11-2017 02:28 PM
jap.. yg aku baca..
selepas ko kena cramp ko meneruskan pendakian ke? macamne ko boleh terlelap se ...
Lepas bangun ai hiking sensorang hinggalah tiba di destinasi. Bodo betul kalau ingat. Jangan tanya mana cikgu. Zaman ai sekolah dolu, semua bebudak yang handle aktiviti. Cikgu goyang telo tido sedap2 kat rumah. Datang jenguk weol biasanya hari pertama dan terakhir ja. 
ADVERTISEMENT