Mengejutkan! Seorang bayi yang baru berusia 10 bulan, Luis Manuel Gonzales dari Mexico menarik perhatian ramai kerana dikatakan memiliki berat seperti budak berusia sembilan tahun.
Meskipun usianya tak sampai setahun, beratnya kini mencatatkan sehingga 28 kg. Menurut ibunya, Isabel Pantoja, 24, dia pada awalnya menyangka bayinya membesar seperti itu kerana susu badannya, namun kini berasa risau kerana ia sudah terlampau berat. Memetik Channel News Asia, bayi itu memerlukan rawatan perubatan yang menelan kos tinggi, malah doktor masih belum mengesan punca sebenar Luis menjadi begitu besar. Untuk rekod, Mexico dilaporkan sebagai negara paing ramai kanak-kanak mengalami masalah gemuk dan kencing manis.
Luis pula merupakan satu contoh ketara bagi kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan di negara itu. Kini Pantoja dan suaminya mario membuka laman Facebook dan akaun bank untuk mendapatkan derma daripada orang ramai bagi menampung kos rawatan anaknya itu. |
chazey replied at 14-11-2017 11:31 AM
Ko memang ngok ketinggalan zaman tak sadar thread ni dah hada berminggu minggu minggu minggu minggu ...
ADVERTISEMENT