CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Kau Mabuk Ke Masa Pasang Tu?"- Ramai Kecoh, Papan Iklan Terbalik Di Lebuh Raya

14-11-2017 10:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8389| Komen: 18|Original author: Oleh: Myra Rozi

Boleh terbahak-bahak ketawa jadinya bila lalu di tepi lebuh raya, nampak pula papan iklan yang dipasang secara terbalik.

Perkara pertama yang terlintas di fikiran mestilah mengutuk pihak yang memasangnya. Betul tak?


Pada mulanya disangka ianya tidak disengajakan, mungkin pekerja tengah mabuk ketika memasangnya. Rupa-rupanya iklan terbalik tersebut turut dilihat di beberapa lebuh raya lain di Lembah Klang.

Foto: Facebook
Gambar-gambar papan iklan yang mempromosikan produk minuman tambahan untuk penjagaan dan kecantikan kulit supaya lebih putih itu menjadi tular selepas dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Syukor Majid.

Foto: Facebook
Pelbagai reaksi diterima daripada netizen, yang kebanyakannya mendakwa ianya adalah salah satu stragesi pemasaran dalam melariskan produk.

Namun ada juga yang mengkritik ianya berbahaya dan mungkin menyebabkan kemalangan kepada pemandu kerana leka melihatnya.

"Memang bijaklah siapa punya idea ni, sah-sah orang akan bagi perhatian pada benda pelik."
"Lawak betul, tekmik pemasaran menjadi. Barulah berbaloi semua orang tengok, siap ambil gambar lagi."
"Sampai teleng kepala aku tengok, bodoh betul. Bahayalah kalau macam ni."

Apa pun tidak dapat dinafikan ianya berjaya meraih perhatian ramai. Apa lagi agaknya perkara pelik pengusaha di Malaysia akan lakukan selepas ini? -CARI
22

Bagus
11

Marah
8

Terkejut
7

Sedih
13

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Amina_Mirza 14-11-2017 10:54 AM
Hahaha mcm2 marketing strategy. Eh ke nak cover dah salah pasang & bagi alasan marketing strategy? Lol
Quote salmon-suki 14-11-2017 11:00 AM
Boleh laa..at least org take note dgn bnde tu walaupun x beli produk die..kui3
Marketing menjadi..pasni pakat bt cani semua..huwahuwa~
Quote jane_hopper 14-11-2017 11:28 AM
Pprtnya strategy marketing! last2 org yg pasang billboard tu yg kene hencap, ingtke mabuk ketum pegi pasang terbalik
Quote LostStar 14-11-2017 11:38 AM
ok la marketing gtuuu.. tpi kalau kena org mcm aku, rugi sketla. . aku sejenis yg drive xkan layan pon billboard tu.. baek pandang alam.. langit.. hutan.. jalan.. kereta.. rumah.. eh bnyk lagi la nak d pandang... haha
Quote Artemesiaa 14-11-2017 11:40 AM
Kowser nak teleng2 kepala nak tengok iklan apa
Quote insulin 14-11-2017 11:57 AM
Evil sungguh marketing strategy produk timbang kati ni. Road hazard ni...
Quote Skuau 14-11-2017 12:52 PM
kang ore buek cam 'bdk shell'...marah pulok.....
Quote moonbug 14-11-2017 12:54 PM
Produk ape ni tak pernah dgr. Harap nak viral ke tu
Quote aziiiperempuan 14-11-2017 01:25 PM
Amina_Mirza: Hahaha mcm2 marketing strategy. Eh ke nak cover dah salah pasang & bagi alasan marketing strategy? Lol
tapi kat semua tempat slaah
Quote kiambang 14-11-2017 02:52 PM
Takde la mengantuk bawak kereta...
Quote antidote 14-11-2017 02:57 PM
Pic #2 siap ada laki dua org melangut tepi jalan tgk iklan tu.
Pic #3 ada mat bangla duk mencangkung lagi hehe
Quote CrowneGlory 14-11-2017 03:06 PM
ko terbalik ke betul ke...terbenam ke ttp iklan ko pprt
Quote nisako 14-11-2017 03:25 PM
jenuh nak baca ooi..........
Quote chinta89 14-11-2017 04:09 PM
strategi nk lariskan produk!
Quote SweetShera 14-11-2017 04:14 PM
yang pegang botol  tu putih ke
Quote MissVixen 14-11-2017 04:34 PM
Pfft. Ingat aku nak teleng kepala ke. Aku pun tak tahu dia jual apa. Marketing murahan, semurah dan serendah kualiti produk dia.
Quote teen_angelJB 14-11-2017 04:35 PM
So.. Mmg sengaja letak terbalik la ea..
Aku la yg salah sorg dok pk iklan ni.. Apa kena mngena nak putih.. Nk kurus dgn iklan terbalik.. Hahaha
Quote deltoid 19-11-2017 01:44 PM
dia sasau kot

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.260848 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top