CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Netizen Pecah Perut Graduan Gugup Sampai Topi Mortar Jatuh, Tertinggal Skrol

13-11-2017 04:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11872| Komen: 60|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Setiap majlis graduasi atau konvokesyen mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT), pasti ada 'selingan' yang mencetuskan gelak tawa para hadirin.
Setiap majlis graduasi atau konvokesyen mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT), pasti ada 'selingan' yang mencetuskan gelak tawa para hadirin. 

Jika ianya 'luar biasa', pasti tular di laman sosial dan menjadi bahan jenaka di antara netizen seperti yang berlaku ketika Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-33 yang berlangsung sejak Sabtu lalu dan berakhir hari ini.

Salah seorang graduan berdepan situasi melucukan apabila topi mortarnya tertanggal ketika bersalaman sebelum menerima skrol ijazah.


Foto: Utusan

Mungkin dia terlalu malu dan gemuruh sehingga topi mortarnya terjatuh buat kali kedua bersama skrolnya, sebelum dia mengambil semula topi mortar dan berlalu pergi.


Bagaimanapun, graduan berkenaan sekali lagi mencetuskan tawa para hadirin apabila dia menyedari skrol tidak berada dalam genggamannya dan berpatah balik untuk mengambil ijazahnya itu.



Walaupun terhibur, namun netizen tidak lupa mengucapkan tahniah kerana dia kini sudahpun bergelar graduan.

"Gugup tahap dewa ni... Apapun, tahniah pada graduan tu.

"Memang macam itulah kalau jantung mula berdebar semasa tunggu giliran," komen netizen.


Foto: FB

Kasihan dia, gugup sangat tu. Gelabah macam tu pun, dia tetap comel! Semoga dia tak lemah semangat nak naik pentas selepas ini. - CARI
18

Bagus
14

Marah
16

Terkejut
20

Sedih
12

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (106 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lolita737 13-11-2017 04:57 PM


kelakar la dik..
Quote mrizumi 13-11-2017 05:06 PM
Kalut..lawak plak..
Apapun..congrats.!
Quote miemiecha 13-11-2017 05:19 PM
comelll jhahahahahha
Quote eizarz 13-11-2017 05:21 PM
mcm buat2 ja..utk jadi femes cepat{:thief
Quote Andyscenes 13-11-2017 05:27 PM
Rindu zaman belajar
Quote jerukkedondong 13-11-2017 05:28 PM
Comel nya diaaa....kalut habis ni....
Quote mokcikKSKB 13-11-2017 05:41 PM
Adik kena buat master ni sbb kena tebus kegagalan gmbr lawa utk degree.ahkak dulu sebegitulah jenis blagak pandai xnpegi pon taklimat rehearsal bagai.penyudahny gmbr amik skroll aku tgh tgk tpt lain.bila amik master aku tebus balik amik kau senyum sampai ketelingan masa amik skrol.
Quote estrelle 13-11-2017 05:44 PM
Baru tengok td my dad hantar kat wasap.gelak sorg2 dlm bilik.sumpah lawak!!
Quote kroit92 13-11-2017 05:59 PM
eizarz replied at 13-11-2017 05:21 PM
mcm buat2 ja..utk jadi femes cepat{:thief

tak buat, dia memang macam tu. kenal lama dah Huzaifi ni. kelam kabut

kelam kabut, tapi manusia paling baik pernah aku kenal. tak pernah tengok dia marah, sekali pun tak pernah
Quote kroit92 13-11-2017 05:59 PM
Edited by kroit92 at 13-11-2017 06:04 PM

edit: double post
Quote Artemesiaa 13-11-2017 06:05 PM
Dia buat suasana jadi tambah ceria pasti dikenang sepajang hayat
Quote kroit92 13-11-2017 06:07 PM
1- Mortar tertanggal

2- Mortar terjatuh, skroll terjatuh

3- Kasut tercabut, sebab tu dia tunduk, sarung kasut balik

ya, dia memang naturally begitu. satu course kitorang kenal dia.
Quote Jorja 13-11-2017 07:35 PM
"We all graduates".. ruginya org yg tak further study tak rasa pgalaman tertiary education.. tak kan semua nak tolak ke anak... "takpe lah biar anak aku aja masuk U nanti" kata mak2 yg insecure..well hidup hanya sekali ya
Quote huehue 13-11-2017 07:43 PM
Alahai kesiannya dik oi

Apa apa pun, tahniah dah graduate!
Quote noraidil_06 13-11-2017 07:55 PM
Alaaaa comelnye dik{:love
Quote babydoll 13-11-2017 08:15 PM
tgk tadi kt twitter. hahhaah! kemain gelabah dia.

ape pon, congratulations!
Quote jazaa100 13-11-2017 08:20 PM
kroit92 replied at 13-11-2017 05:59 PM
tak buat, dia memang macam tu. kenal lama dah Huzaifi ni. kelam kabut

kelam kabut, tapi m ...

Gaya dia lawak sungguh.....

Aku tak rasa buat buat pun.....

Byk kali aku ulang....
Quote sayawifenikmie 13-11-2017 08:27 PM

..................... hmmmm .... tgh ambik skrol oklagi la gabrah tahap dewa macam ni ... kalau dah kerja ... kalau kerja dengan saya .. memang kena laaaa .....
Quote tembikai 13-11-2017 08:37 PM
hahhaha..seronok betoi...

congratulations dik.....

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.099010 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top