CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anggota RELA Seludup 700KG Daun Ketum

9-11-2017 03:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2113| Komen: 7

Description: Nama sahaja anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), tapi perangai tidak semenggah!
Nama sahaja anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), tapi perangai tidak semenggah!

Harian Metro melaporkan, seorang anggota RELA cuba menyeludup 700 kilogram (kg) daun ketum ke negara jiran menggunakan pacuan empat roda (4WD).




Cubaannya itu berjaya dipatahkan sepasukan anggota Rejimen Sempadan (RS) yang menahan 4WD dipandunya di Bukit Kayu Hitam, hari ini.

Menurut laporan, 4WD itu menggunakan laluan kebun getah menuju sempadan Malaysia-Thailand kira-kira jam 2.45 pagi.

Serangan hendap dilakukan lima anggota RS diketuai Koperal Sabran Latim selepas kenderaan terbabit kelihatan mencurigakan di kawasan Pos Sahara, kata Panglima 6 Briged, Briged Jeneral Abdul Aziz Ismail.


"Hasil pemeriksaan mendapati 4WD terbabit dipenuhi dengan plastik hitam yang kemudiannya disahkan mengandungi daun ketum, disyaki cuba diseludup ke negara jiran.

"Semua 700 kg daun ketum bernilai RM66,500 itu dirampas bersama 4WD jenis Toyota Land Cruiser yang dianggar bernilai RM55,000 sebelum diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Nerang untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. - CARI
10

Bagus
2

Marah
21

Terkejut
18

Sedih
22

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (74 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kivio 9-11-2017 04:20 PM
Harapkan pegar, pegar makan padi.
Quote shernazz 9-11-2017 04:22 PM
nape x 1tan trus bang
senang nak kira..
Quote insulin 9-11-2017 04:51 PM
Mak aiii. Sanggup kau redah masuk hutan belantara menuju sempadan pada waktu dinihari ya....
Quote gede-bab 9-11-2017 05:04 PM
shernazz replied at 9-11-2017 04:22 PM
nape x 1tan trus bang
senang nak kira..

tak muat..ruang kete tak cukup..kalau cukup mau lebih 5 tan dia bawa..
Quote shernazz 9-11-2017 05:19 PM
gede-bab replied at 9-11-2017 05:04 PM
tak muat..ruang kete tak cukup..kalau cukup mau lebih 5 tan dia bawa..

hahaha
cm.berat gajah dah tu..
Quote chaotic_soul 9-11-2017 06:00 PM
The People's Volunteer Corps, abbreviated RELA, is a paramilitary civil volunteer corps formed by the Malaysian government.
Quote Jorja 10-11-2017 02:22 AM
Ketum mule {:smile

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.044515 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top