Pelbagai cara dan juga tips dilakukan oleh ibu bapa bila anak kecil mereka tidak keruan dan merengek. Apatah lagi jika ia menangis kerana teringatkan ibu atau ayah yang sedang sibuk bekerja, pergi berkursus dan sebagainya.
Seorang bapa, Uzaini Mohd Amin, 35 terfikir satu kaedah dan cuba melakukan 'eksperimen' itu terhadap anaknya yang baru berusia tiga bulan. Bayi yang dinamakan sebagai Nur Caireen Delisyaa itu dikatakan amat rapat dengan ibunya sehingga menyebabkan Uzaini terpaksa mencetak wajah isterinya, Adhzura Ismail pada kertas A4 sebelum ditampal pada botol. Memang agak melucukan dan comel. Dan ternyata kaedah ini segera mendapat perhatian para netizen di laman sosial.
"Anak ketiga saya ini memang rapat dengan ibu dia, lagipun dia masih menyusu badan. Tiap kali ibunya tiada disisi dia akan menangis. "Tiba-tiba saya terfikir idea untuk cetak wajah isteri dan tampal pada botol. Jadi hari ini saya buat trick sikit nak tengok apa respons dia," ujarnya kepada Mstar Online. Tidak menyangka cara tersebut berjaya namun... "Tak sangka eksperimen itu berjaya kerana dia nampak ibunya ada di sisi. Tapi lepas tu dia merenggek semula mungkin dia pun tahu itu bukan ibu dia yang sebenar. "Saya rasa naluri seorang anak terhadap ibunya amat kuat. Biasalah ibu segala-galanya untuk anak-anak. Lagipun itu hanya gambar semata-mata, mana ada kasih sayang sebenar seorang ibu," katanya. Memang menarik dan kreatif kan? Atau menyeramkan? - CARI
|
4
Bagus |
5
Marah |
3
Terkejut |
2
Sedih |
16
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Nur Caireen Delisyaa
chinta89 replied at 8-11-2017 03:23 PM
zmn skg ni letak nama semua pelik2... ejaan pun susah. urban la sgt nama mcm ni...
kikuri: kalo buat kat anak aku takdenya menjadi... kene bagi hadap kuor suara baru diam... dah la dia taknak dengan bapak dia... lagi stress haku
ADVERTISEMENT