Bilangan mangsa banjir di Pulau Pinang meningkat kepada 2,119 orang awal pagi ini, lapor BH Online. Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) itu bertambah berbanding 1,944 orang yang direkodkan pada jam 10 malam tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, mangsa ditempatkan di 27 pusat pemindahan yang dibuka sejak malam kelmarin. "Jumlah terkini mangsa banjir dipindahkan di 27 pusat pemindahan ialah 2,119 orang membabitkan 449 keluarga. "Seorang lelaki dilaporkan cedera selepas dipercayai dihempap pokok di Jalan Perusahaan Perai. Mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan pada jam 4 petang semalam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beberapa jalan di daerah SPT termasuk Jalan Tok Kangar, Bayu Mutiara dan Jalan Bukit Minyak, Alma ditutup kerana banjir, manakala jalan yang tidak dapat dilalui kenderaan ringan ialah Jalan Tok Kangar, Juru. Kawasan terjejas banjir di SPT ialah Taman Siakap, Taman Senangin, Taman Kempar/Kampung Main Road, Permatang Rawa, LLB Jalan Jelawat, Padang Lalang, Jalan Baru, Jalan Tanah Liat, Kampung Telok, Sungai Rambai. Selain itu, Mukim 20 Kubang Semang, Bukit Teh, Kampung Jawah, Kampung Setul dan Kampun Manis turut terjejas banjir. Sementara itu, bilangan mangsa banjir di Kedah juga meningkat kepada 3,402 orang membabitkan 938 keluarga. Menurut Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), sehingga jam 8 pagi ini, 40 pusat pemindahan masih beroperasi dengan daerah Kuala Muda dan Kulim paling teruk terjejas. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadual meninjau beberapa kawasan pusat pemindahan banjir di Pulau Pinang dan Kedah hari ini. - CARI |
PyoNaRi replied at 5-11-2017 10:51 AM
Teruk jugak tu tapi betui.kat utara ni hujan since pagi kemarin sampai ke malam.tiduq malam pun s ...
PyoNaRi replied at 5-11-2017 10:51 AM
Teruk jugak tu tapi betui.kat utara ni hujan since pagi kemarin sampai ke malam.tiduq malam pun s ...
zamzam replied at 5-11-2017 10:52 AM
betul ker bangunan2 tu runtuh kat penang?
dauswq replied at 5-11-2017 10:56 AM
area utara ni hujan tak berhenti sejak kelmarin
yg teruk kena kt penang terutamanya
zamzam replied at 5-11-2017 10:58 AM
ada kawan kat Yan, Kedah update banjir semalam tp dah surut pukul 3 pagi tadi.
ADVERTISEMENT