CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Pembantu Tadbir Dituduh Curi Touch n' Go Bernilai RM17,813

3-11-2017 05:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8378| Komen: 49

Dua pembantu tadbir Jabatan Audit Negara didakwa di atas 235 pertuduhan mencuri tambah nilai Touch n’ Go berjumlah RM17,813 sejak Disember 2016 hingga April lalu.

Normaidzatulaqma Iskandar, 37, berdepan dengan 69 pertuduhan didapati melakukan kesalahan itu pada 5 Disember 2016 hingga 24 April tahun ini di Aras 2, Cawangan Pentadbiran Sektor Pengurusan JAN, Precint 2, Putrajaya.

Tertuduh kedua, Farizah Nekmat, 37, pula berdepan 166 pertuduhan yang sama dilakukan pada 2 Februari hingga 24 April tahun ini.

Foto: Harian Metro
Harian Metro melaporkan, kedua-duanya melakukan jenayah tersebut di luar waktu pejabat, hari minggu dan cuti umum, pada waktu awal pagi hingga tengah malam di pejabat tersebut.

Dakwaan menyatakan mereka memasukkan duit antara RM1 hingga RM100 masing-masing menggunakan tujuh keping kad Touch n’ Go menerusi pos terminal tambah nilai.

Kesalahan tersebut jatuh dalam Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh 10 tahun dan boleh dikenakan denda dan bagi kesalahan kedua dan seterusnya pula boleh dikenakan penjara dan dikenakan denda atau sebatan.

Majistret Azizah Ahmad kemudian menetapkan Normaidzatulaqma dikenakan wang jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri di balai polis terdekat pada setiap 1 hari bulan sehingga kes selesai termasuk menyerahkan pasport.

Farizah pula dikenakan wang jaminan sebanyak RM14,000 dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri di balai polis terdekat pada setiap 1 hari bulan sehingga kes selesai termasuk menyerahkan pasport.

Normaidzatulaqma dalam rayuannya berkata, memohon kepada mahkamah mengenakan satu jaminan untuk semua pertuduhan kerana mempunyai banyak komitmen untuk menjaga tiga anak termasuk ibu yang tinggal bersama.

Manakala Farizah yang juga ibu tunggal meminta supaya mahkamah mengenakan satu jaminan bagi semua pertuduhan kerana terpaksa menanggung empat anak berusia antara 8 hingga 18 tahun yang masih bersekolah termasuk menjaga ibu serta menanggung hutang bekas suami. -CARI
13

Bagus
6

Marah
6

Terkejut
9

Sedih
14

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ultra78 3-11-2017 05:58 PM
Tak jelas la berita ni. Mcm mana dia mencuri tambah nilai dengan memasukkan duit di terminal?
Quote saladin780 3-11-2017 06:03 PM
ultra78 replied at 3-11-2017 05:58 PM
Tak jelas la berita ni. Mcm mana dia mencuri tambah nilai dengan memasukkan duit di terminal?

Tambah nilai tapi tak bayar kot..guna fasiliti opis
Quote ultra78 3-11-2017 06:08 PM
saladin780 replied at 3-11-2017 06:03 PM
Tambah nilai tapi tak bayar kot..guna fasiliti opis

Laaaa....tulislah menambah nilai ke dalam kad T&G secara tidak sah. Apa bendanya ‘masuk duit dalam kad’.
Quote Andyscenes 3-11-2017 06:24 PM
ultra78 replied at 3-11-2017 06:08 PM
Laaaa....tulislah menambah nilai ke dalam kad T&G secara tidak sah. Apa bendanya ‘masuk duit dala ...

Nampak kn mod x tau buat tajuk
Quote alieyrina 3-11-2017 06:42 PM
M.o d3rang tu cmna..
Quote Vokuro 3-11-2017 06:45 PM
Jahat nya penganut ugama sunni bertudung litup jannah ini
Quote susukambingbest 3-11-2017 06:49 PM
mula2 maizatul tu dlu curi start hjung taun lps tp 69 prtduhan jer. bwk geng mncuri taun ni dlm tempoh 2 bln je geng dia lg advance smpai 166 prtduhan xberkat ke hdup kau kak, nk tnjuk loaded kt org sbb kje gomen pdahalnya pt jer pun. siap trpksa tggung hutng bkas suami lg. bwk2 cari kbersihan dlm harta la cik kak oii kalau xnak hdup porak peranda.
Quote Vokuro 3-11-2017 06:59 PM
Dah ada belum acik kepam komentar tangkap
Ikan bilis jah etc
Quote helicornia 3-11-2017 07:01 PM
Vokuro: Dah ada belum acik kepam komentar tangkapIkan bilis jah etc

belum lg kak..ikut tren kejap lg ada la tu
Quote kemaruk 3-11-2017 07:06 PM
Nak songlap duit dalam gomen ni senang je..

Kalau orang atasan tak songlap sama, orang bawahan jangan pepandai nak songlap

Sama gak rasuah.. kalau orang atasan tak pernah terima rasuah dari tauke A, orang bawahan jangan sekali kali ambik rasuah si tauke A
Quote tepisket.. 3-11-2017 07:06 PM
Rasanya ni mesti kes acik jaga kaunter songlap duit. Skrg kan da ada mol service. Byk je tempat y boleh beli topup ngn tng
Quote prettyuglybabe 3-11-2017 07:07 PM
masa buat salah tak fikir pulak emak anak susah bagai..
dah macam ni baru teringat emak anak yang kena tanggung akibat..
Quote CiliPadiSedap 3-11-2017 07:13 PM
rakyat susah sampai terpaksa makan rasuah..

50% rakyat malaysia gaji below RM 2000.. kalau gaji anda RM 2500 bersyukur lah ada top 50%
Quote Jorja 3-11-2017 07:49 PM
Cubalah akak buat bisnis online lagi untung dunia akhirat kak oi {:dot
Quote JokesCop 3-11-2017 07:58 PM
CiliPadiSedap replied at 3-11-2017 07:13 PM
rakyat susah sampai terpaksa makan rasuah..

50% rakyat malaysia gaji below RM 2000.. kalau ...

Statistik mana ni? Tahun 92 punya ka?
Quote cmf_premierleag 3-11-2017 08:08 PM
Lerrr kene tanggung hutang bekas laki ke
Meols speku mesti sbb akak ni keje gomen, so sheols jd penjamin ex hasbennya
Quote CiliPadiSedap 3-11-2017 08:12 PM
JokesCop replied at 3-11-2017 07:58 PM
Statistik mana ni? Tahun 92 punya ka?

[youtube]jisSMOhVTjE[/youtube]


Quote caprut 3-11-2017 08:16 PM
cmf_premierleag replied at 3-11-2017 08:08 PM
Lerrr kene tanggung hutang bekas laki ke
Meols speku mesti sbb akak ni keje gomen, so sheols jd pen ...

Kdg2 prempuan ni bodoh, da tau laki biawak idop nk gak laki tu. Ujung2 slahkn laki yg baik. Sdp sgt kot kote badboy tu sggup jdi penjamin bagai
Quote batmana 3-11-2017 08:33 PM
aku igt diorg ni hacker ke apa curi duit

skali lain lak beritanya

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.052926 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top