CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Teksi Tamak, Caj RM160 Untuk Perjalanan Kurang 10 KM

3-11-2017 03:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6820| Komen: 30

Tindakan seorang pemandu teksi yang mengenakan tambang tidak masuk akal kepada penumpang warga asing telah mencalarkan imej pemandu-pemandu teksi lain.

Harian Metro melaporkan, pemandu teksi tamak itu meminta bayaran sehingga RM160 dari penumpang warga Myanmar bagi perjalanan kurang dari 10 kilometer.

Caj dikenakan adalah dari Jalan Bukit Petaling ke Kota Raya.

Malaysian Digest
Mangsa yang tidak berpuas hati telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

SPAD berjaya mengesan pemandu terbabit dan telah menahannya.

Jurucakap SPAD berkata, "SPAD kemudian menahan dan mengambil keterangan dari pemandu teksi itu.


"Pemandu teksi itu kemudian mendakwa hanya meminta caj tambang sebanyak RM100 daripada mangsa."

SPAD turut menyita teksi model Proton Saga BLM yang digunakan pemandu terbabit bagi tujuan siasatan mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan notis 80 akta sama atas kesalahan tidak menggunakan meter tambang. -CARI
18

Bagus
26

Marah
20

Terkejut
20

Sedih
30

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (129 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 3-11-2017 11:32 AM
padan muka.. tamak sangat..
harap lesen teksi mereka pun dibatalkan..
Quote dinopower2 3-11-2017 11:35 AM
prettyuglybabe replied at 3-11-2017 11:32 AM
padan muka.. tamak sangat..
harap lesen teksi mereka pun dibatalkan..

pastu bile grab uber curi pelanggan korg... tahu plak merungut...
dah rezeki tak berkat.... mohon mereput la industri teksi ni.... dgn menteri kroni moni pemegang share sbb pemandu teksi jd gitu.....
Quote paz 3-11-2017 11:40 AM
Hish memang dah makin menyampah dengan taxi merah ni.

Kalau depan KLCC tu, bukan main charge mahal kat tourist. Pastu dah lah perangai kurang ajar. Menjerit-jerit marah security guard KLCC tu tak kasi dia orang amik passenger kat situ. Siap cakap, 'kami ni orang susah lah, nak cari makan pun susah' nak aja bgtau depan dia. Orang lain pun susah lah, ingat kau seorang aja ke.

Sampai kesian tengok security guard yang suruh dia orang jalan ni kena maki hamun. Peel memang tak bertamadun.
Quote zafira 3-11-2017 11:42 AM
ni pasal lah orang tak nak guna teksi... rasa-rasanya saper yang naik teksi kat kota raya, central market, bangkok bank semua stok2 mcm ni lah...
Quote MeghanK 3-11-2017 12:03 PM
teksi2..kenapa tak insaf

semalam balik kerja ada satu teksi slow je jalan..nampak orang jalan kaki lagi dia slow..kita tgk pon kesian tapi pikir kan perangai dorang yang tamak dan penipu camni, padan la muka
Quote CiliPadiSedap 3-11-2017 12:04 PM
kereta kena sita muflis terus kut.

kat bank kena bayar, nak cari kereta baru kena bayar.. kereta kena sita ni kira hukuman mati bagi pemandu teksi..
Quote Artemesiaa 3-11-2017 12:11 PM
Mesti dia ingat si Myanmar tu tak berani nak report, tu yang ikut suka nak caj mahal2 sebab tu dia berani buat sebegitu
Quote AbukRokok 3-11-2017 12:11 PM
semoga teksi mati dan pupus xlama lagi
Quote jazaa100 3-11-2017 01:05 PM
CiliPadiSedap replied at 3-11-2017 12:04 PM
kereta kena sita muflis terus kut.

kat bank kena bayar, nak cari kereta baru kena bayar.. kereta  ...

tu duit rm160 tu ada....



Quote tungkai 3-11-2017 02:41 PM
So duit RM160 tu pulang balik pd customer ke cemana?
Quote idakamaruddin 3-11-2017 02:44 PM
aku pnh je ye taxi tu caj melampau aku bg brp sllu aku naik je mmg melampau sgt dia bising2 aku blah je

lantak la kan

koserrrr

Quote Modngengade 3-11-2017 02:46 PM
teksi dah tak relevant lagi dekk...ada ke ummah pprt yg masih naik teksi?
Quote rosevelvet 3-11-2017 04:02 PM
Sbb tu lah aku sokong sgt wujud uber n grab. Kalau x, makin mjadi2 ketamakan dorang
Quote rosevelvet 3-11-2017 04:06 PM
Thp bencana taxi kt msia ni sampai kwn meol ckp dia suka dtg msia. Mkn best infra pun best... Satu jer benda yg dia x suka iaitu taxi msia.
Quote Telolet 3-11-2017 04:34 PM
haritu terpaksa naik taxi sebab grab/uber banyak cancel trip (waktu puncak n tengah hujan siap petir bagai ).
nasib baik pakcik tu jujur je ikut meter, n tak kisah pon hantar betul2 depan bangunan walaupun tengah jem n hujan lebat.
kesian kat taxi driver yang baik2 cam pakcik tu. hanya mampu doakan rezeki dia murah je.
Quote fofuler 3-11-2017 04:49 PM
Yang jadi tak best bila ada pemandu teksi dah convert buat uber atau grab, so dia buat perangai sama mcm dia bawa teksi dulu. Kita dah tunggu 1/2 jam baru dia nak cancel trip. Pastu kalau tambang RM8.50 dia charge RM9. {:yameteh
Quote Aliaskotonggo 3-11-2017 05:12 PM
bila tengok review pasal KL dan Malaysia, mostly tourist mesti komen pasal perkhidmatan Teksi dan ancaman peragut...depa ni memang memalukan malaysia betul.  
Quote ell768 3-11-2017 05:15 PM
kerana teksi sebutir rosak teksi semalaysia
Quote kiambang 3-11-2017 06:20 PM
Sebab tulah tak nak naik teksi... pelancong better guna uber atau grab lagi tau harga ..

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.046563 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top