Setiap negara kaya dengan budaya, seni dan warisannya yang tersendiri. Dan setiap negara memiliki mitos dan kepercayaan mereka sendiri. Hari ini, jom kita 'jelajah' Rusia sekejap dan tengok apa pantang larang menurut adat atau kepercayaan orang mereka. Nak tahu apa mitos atau pantang larangnya? Teruskan membaca!
1. Cermin pecah Ia dianggap petanda buruk sekiranya terdapat cermin yang rosak atau pecah. Mereka percaya cermin adalah cerminan diri. Maka, seseorang itu akan mengalami nasib buruk sekiranya dia memecahkan cermin.
Bukan sekali dua ditimpa malang, tapi tujuh tahun lamanya tau! 2. Bayi baru lahir Ibu yang baru melahirkan tidak boleh menunjukkan anaknya kepada orang asing. Ini kerana masyarakat Rusia percaya bahawa orang asing yang menatap bayi baru lahir dianggap sebagai tanda jahat. Hanya keluarga terdekat dibenarkan menatap wajah bayi berkenaan. Selepas 40 hari, barulah ibu bapa bebas menunjukkan bayinya kepada sesiapa pun. 3. Arnab melintas Di beberapa negara, haiwan seperti kucing hitam dianggap membawa nasib malang. Seperti di Indonesia, jika terdapat kucing hitam melintas atau memotong jalan seseorang, ia dianggap pembawa sial. Lain pula di Rusia yang menganggap arnab sebagai pertanda buruk. Jika ada seekor arnab menyeberang dan memotong jalan di depan mereka, maka itu dianggap pembawa sial dan akan berlaku sesuatu yang buruk dalam masa terdekat. 4. Bersin ketika berbicara Mitos ini agak aneh kerana menurut kepercayaan mereka, jika seseorang sedang membuat pengakuan dan dia tiba-tiba terbersin, maka itu adalah sebuah kebenaran. Sebaliknya, apabila dalam pengakuannya dia tidak bersin maka dia dianggap berbohong. 5. Kembali ke rumah kerana tertinggal sesuatu Masyarakat Rusia yang terkenal dengan sikap menepati waktu ini 'dilarang' berpatah balik untuk pulang ke rumah kerana melupakan atau ketinggalan sesuatu. Jika diingkari, maka mereka bakal berdepan nasib buruk atau menempuh bahaya dalam perjalanan mereka. Sebab itu, orang Rusia lebih rela meneruskan perjalanan daripada berpatah balik. Habis, kalau tertinggal barang penting atau anak, macam mana pula tu kan? 6. Menjilat makanan pada pisau Kadang-kadang, kita tak menyempat tunggu makanan atau buah siap dipotong, lalu makan terus dari pisau. Siapa selalu buat macam ni? Tetapi di Rusia, jangan pula anda jilat sisa makanan langsung dari bilah pisau kerana bagi mereka, hal ini menunjukkan sisi buruk dan kekejaman seseorang. Kalau orang Rusia nampak anda buat begitu, anda akan dicop sebagai orang jahat atau pembunuh yang kejam. Mungkinlah. 7. Keluar rumah ketika hujan Kepercayaan yang satu ini lain sikit dari sebelumnya. Orang rusia ni menganggap hujan merupakan sebuah keberuntungan. Mereka percaya jika hujan turun sebelum keluar rumah, ia merupakan satu rahmat. Maka, perjalanan akan menjadi elok dan bermanfaat. Ooh, patutlah orang Rusia suka keluar rumah masa musim hujan. 8. Hujan ketika upacara pernikahan Suka betul orang Rusia dengan hujan ya. Malah, mereka menganggap hujan yang turun pada hari pernikahan akan membuat rumah tangga lebih makmur dan harmoni serta memberi kekayaan di masa hadapan. Dalam banyak-banyak kepercayaan orang Rusia yang disebut, mana paling lucu atau tak masuk dek akal bagi anda? - CARI
|
7
Bagus |
10
Marah |
11
Terkejut |
23
Sedih |
7
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT