CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Baik Jaga Anak Kami Dari Makan Gaji Buta" - Penjaga Tak Bagi Cikgu Cuti

3-11-2017 09:54 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13352| Komen: 97|Original author: Oleh: Maly Rosli

Amboi ibu bapa zaman kini, makin bertepu-tepu lemaknya. Bukan nak kata semua, tetapi segelintir daripadanya memang menduga keimanan banyak pihak.

Baru-baru ini, seorang pengguna laman sosial meluahkan pendapatnya dengan memberi komen negatif terhadap pihak pendidik yang disifatkannya makan gaji buta tatkala cuti sekolah.


Foto: pendidik2u.my

"Patutnya sekolah tak perlu cuti. Tak mengapa tak belajar pun, cikgu boleh tolong jaga anak di sekolah daripada makan gaji buta," tulis seorang penjaga seperti dipetik menerusi portal pendidik2u.my.

Sudahlah menggesa para guru datang ke sekolah semata-mata untuk mengasuh anak-anak di kala ibu bapa bekerja, dia pula sedap-sedap menuduh cikgu makan gaji buta.


"Murid cuti, cikgu pun cuti di rumah, pergi membeli-belah, balik kampung dan sebagainya.

"Bukan aku fitnah, okey. Aku cakap berdasarkan apa yang jadi di depan mata aku," katanya.

Apa ni? Dia yang tak dapat memenuhi permintaan bayaran tinggi pengasuh, cikgu pula 'dikerahnya' mengasuh anak-anak di sekolah. 

Pendapat individu berkenaan mencetuskan kemarahan orang ramai.

"Awat, cikgu tu bukan manusia ka? Suka hati dia ja.

"Habis, keluarga cikgu tu pula siapa nak jaga?

"Beranak pandai, nak jaga tak pandai-pandai," antara komen netizen.


Foto: FB

Apa komen anda? - CARI
9

Bagus
16

Marah
17

Terkejut
21

Sedih
6

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 3-11-2017 10:04 AM
dijemput @chazey memberi sepatah dua kata
Quote nuryakmal 3-11-2017 10:07 AM
bodonya lahai. ingat cikgu tu cuti jugak ke. ada yang kena tanda kertas, ada kena pegi kursus, ada kena buat soalan kat bilik kebal. bodo sangat2

Quote fushimi 3-11-2017 10:20 AM
Edited by fushimi at 3-11-2017 10:23 AM

bodohnya ko ingat kudrat cikgu tu tulang besi urat dawai darah tu minyak.Cikgu tu pun pekerja macam ko jugak.Cikgu sekarang walau cuti sekolah tetap ada program yang kena buat.Bukan mengangkang kat umah selama cuti sekolah.Bahlolnya la manusia macam ni
Quote meteorspeed 3-11-2017 10:22 AM
Buat anak pandai jaga nak tak nak..kimak betul parent mcm nie..ko ingat cikgu tue bibik ker..patut la anak zaman skrg bodoh sbb ada mak apak bodoh mcm nie
Quote pearl.silver 3-11-2017 10:28 AM
Klu cuti sekolah tgh2 tahun, i tgk kkk i relax lg
Klu cuti hujung tahun yg sebulan tu, mmg xleh gi mana2..asyik kne gi sekolah ke..meeting la, hias pusat sumber la, hias bilik gerakan la, hias itu hias ini,
Quote Jajabeans 3-11-2017 10:31 AM
tak faham
Quote prettyuglybabe 3-11-2017 10:45 AM
babeee nya mak bapak beranak pandai..
jaga didik anak harap cikgu yang buat..
Quote MyNameIsIris 3-11-2017 10:45 AM
Species dengki la ni... dahlah kedekut taik hidung masin nak bayar pengasuh pastu demand khidmat jaga anak free
Mohon pergi mana2 rel ketapi dan bunuh diri pls
Quote mizruncing 3-11-2017 10:48 AM
cikgu mane ek yg jage dia ni dlu ???
Quote moocoww 3-11-2017 10:49 AM
Wah...wahhh...byk lemak ini org...ingat cikgu tu takda kerja lain nak buat ka??
Quote mirebus 3-11-2017 10:51 AM
ingat cikgu takda kerja lain ke asyik duk jaga anak engko? berlambak kerja cikgu dgn program sekolah, tanda paper sakit pulak hati aku. cikgu tak boleh cuti lah? engko tu boleh cuti mintak mc byk2 boleh lah?
Quote tembikai 3-11-2017 11:01 AM
Macam mana dia blh terfikir nak bagi pendapat mcm ni yer.....

tak tercapai dek akal ku...
Quote chazey 3-11-2017 11:08 AM
cmf_premierleag replied at 3-11-2017 10:04 AM
dijemput @chazey memberi sepatah dua kata

Hahaha. Aiol dah membebel kat wasap staf weols tadi. Malas la nak ulang.
Quote PyoNaRi 3-11-2017 11:10 AM
Yg ni sejenis cakap tak pikiaq dulu
Quote chazey 3-11-2017 11:10 AM
tembikai replied at 3-11-2017 11:01 AM
Macam mana dia blh terfikir nak bagi pendapat mcm ni yer.....

tak tercapai dek aka ...

Punca utama jeles la tu. Tu la sapa suroh tak jadi cikgu keja setengah hari jah skolah cuti cikgu pon chuuutiiiii.
Quote paz 3-11-2017 11:24 AM
Ini ke tahap netizen? Aduh, nampak macam tak bijak aja. Sampai mana sekolahnya ni?
Quote leylapple 3-11-2017 11:27 AM
chazey replied at 3-11-2017 11:10 AM
Punca utama jeles la tu. Tu la sapa suroh tak jadi cikgu keja setengah hari jah skolah cuti cikgu  ...

walopun ai bukan cikgu..ai setuju komen u nie..

rejeki masing2... dah rejeki cikgu byk cuti...

tapi kena hadaplah perangai makpak mcm nie

btw, byk jer pusat tuisyen swasta buat program masa cuti sekolah.. kadang2 cikgu jugak yang buat program dgn pusat tuisyen tu.. lagi senang sbb blh jumpa cikgu sendiri..cuma kena bayar jer laa


Quote PyoNaRi 3-11-2017 11:43 AM
Edited by PyoNaRi at 3-11-2017 11:48 AM

Ramai ja i dengaq dok bising pasai cikgu makan.gaji buta.geram betui.nak sembuq,yang cakap tu orang tua.

Dalam family i,abg n akak ipaq dua2 cikgu.ada penah makcik i bunyi,balik keja awai,makan gaji buta.aiiiiii gerammmmnya rasa,nasib orang tua.yang syoknya anak dia penjawat awam keja opis la 8-5.dia cita,anak dia balik rumah melabur kat rumah ok.lahhh awat takpi melabur kat opis tempat keja.habistu sapa yang makan gaji buta?memang la cikgu balik awai.pastu pukul 3ptg ada kelas tambahan pulak.kalau tak kelas tambahan,petang ada sukan pulak.kadang2 tu malam ada kelas malam.kalau takdak semua ni,ada pulak meeting.ingat cikgu free2 ka balik awai.habeh tu,dok pikir ke anak dia ja.anak2 cikgu pun sama jugak kena tinggai,kadang2 kena bawak kalau kecik lagi.dak pun bayar extra la utk pengasuh tolong jaga.time cuti sekolah tu la.cikgu2 nak pi bercuti,balik kg.sbb waktu bersekolah,cikgu mana boleh bercuti.dah la AL berapa hari ja,pastu bukan senang nak mintak kalau alasan tak kukuh.kadang tak terguna pun AL tu.

Lagi satu.banyak perbelanjaan,cikgu bayar guna duit depa sendiri k.hias kelas itu ini.bukan guna duit peruntukan sekolah ka apa.kakak ipar,kalau balik kg ja,beli itu ini utk masuk sekolah tahun baru.nak mintak duit kat student kerap2 mmg tak gamak.nak2 kalau ada student yg orang susah.kalau i jadi cikgu pun,i pikir banyak kali nak mintak duit kat anak murid.sebab masa sekolah dulu,cikgu mintak duit.suruh bayar buku ke apa,i takut nak mintak duit kat mak ayah

Banyak pengorbanan cikgu tapi ada ka orang nampak.tau nak condemn itu ini ja.cikgu sekarang dah tak macam dulu yang datang sekolah semata2 untuk mengajar.cikgu lani kena buat kerja ofis jugak.beban kerja banyak.balik rumah pun bukan boleh bersenang lenang,ada ja bawak balik kerja untuk disiapkan kat rumah.habistu bila lagi para cikgu nak betul2 berehat?cuti sekolah la.nanti sekolah takdak cuti laangsung,bising pulak anak takdapat rehat.ni apa yang i tau serba sikit drp family dgn kawan2 yang cikgu,cikgu lain taktau la macam mana.

Bukannya apa.lain kali nak cakap apa2 tu pikiaq dulu baik buruk nya.jangan main hentam main lepas ja cakap.cakap tu untuk kelebihan di pihak dia ja.yang cakap ni,terang2 ka time bekerja tak makan gaji buta?! wallahualam.
Quote mieymiey 3-11-2017 12:11 PM
Mak iols cikgu. Kalau masa cuti sekolah jenis makpak macam ni suruh mak iols jaga anak-anak depa, iols makankan racun sorang-sorang!

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.116102 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top