Sejak semalam kecoh tentang busana nasi lemak daun pisang yang digayakan oleh model Samantha Katie James untuk ke pertandingan Miss Universe 2017.
Pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen, tak terkecuali daripada pereka fesyen sendiri. Salah seorangnya ialah pereka terkenal Hatta Dolmat yang dilihat menyelar dan meluahkan rasa kurang senang dengan konsep nasi lemak yang dipertaruhkan itu. Baginya, masih banyak lagi rekaan lain yang boleh diketengahkan dan menaikkan nama Malaysia pada pertandingan itu nanti. "Okay nasi lemak 'marih' (mari)! Tambah sambal lebih sikit orang Malaysia suka pedas! Ikan bilis lebih sikit faham kena jimat, oh ya tambah paru dengan sambal sotong.
"Jangan lupa daun pisang segar sikit, jangan pakai yang layu nanti nasi lemak tak segar rasa dia. Ok go Malaysia!" Hatta juga dilihat cuba menyindir dengan menulis ayat yang kononnya sedang bersedih dengan rekaan tersebut. "Tergamaknya hantar ini (merujuk pakaian nasi lemak) mewakili Malaysia untuk Miss Universe... Alahai... Sedihnya," tulisnya lagi. Dalam pada itu, dalam posting yang berbeza, Hatta memberikan pendapatnya yang songket mempunyai nilai tinggi dan boleh dijadikan identiti Malaysia ketika pertandingan itu nanti. "Kalau terdesak sangat dengan konsep nasi lemak, mungkin konsep ini lebih nilainya, dan ia adalah songket Malaysia dan mempunyai elemen tradisional. "Kenapa ya kita begitu terdesak dengan konsep dan idea sedangkan apa yang kita sudah ada cukup tinggi nilainya?" soalnya. Tidak pula dapat dilihat komen para pengikut pereka fesyen ini kerana ruangan komen telah ditutup. Apa pun, setiap rekaan pakaian itu sememangnya subjektif. Masing-masing mempunyai pendapat sendiri berhubungan hal ini. Apa pula kata anda? Setujukah dengan busana nasi lemak ini? - CARI
|
3
Bagus |
9
Marah |
6
Terkejut |
6
Sedih |
8
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 1-11-2017 07:26 AM
memang betul pun..
kalau ye pun nak tema nasi lemak, letak la telur kacang ikan bilis timun tu deka ...
missDollie replied at 1-11-2017 03:41 PM
Haha..kan..pakai cape ke apa kan jadi daun pisang tu..main lekat gitu je telur, ikan bills bagai.. ...
manehnya replied at 1-11-2017 03:29 PM
mmg selayaknya kena kecam, nmpak trashy n murah sgt..
sapa perekanya tuh
dubuk replied at 1-11-2017 03:43 PM
daun pisang patut potong empat segi letak atas bahu dia..
ADVERTISEMENT