Para peminat terkejut dengan pendedahan terbaru daripada pelakon Aaron Aziz menerusi laman Instagram. Kata pelakon berasal Singapura ini, dia mengalami detik cemas dan seakan merasai nyawanya seperti mahu dicabut serta diambil Ilahi.
Menerusi satu posting di laman sosial itu, Aaeon berkongsi gambarnya yang kini sedang terlantar di hospital. Menurutnya, semuanya berlaku selepas suhu badannya naik secara mendadak malam semalam. Selain itu, Aaron menceritakan keadaan itu membuatkan dia berasa seperti hendak tumbang dan putus nyawa. "Baru je buat video tentang org sakit. Smlm Tiba Tiba temp naik 39.3..anak anak dah nangis. Felt like it was my time to go.
"Funny thing was at work we talking about #AdamMukhriz bertarung nyawa utk keluarga. Last night ALLAH gave me a lesson I will never forget. "It came like the wind and body total shutdown. But in my Head was nothing but my kids n family. Told ALLAH pls my work not done. Pls don’t take me back like this," tulisnya. Dalam keadaan tidak terdaya itu apa yang terlintas di fikirannya hanyalah anak-anak dan keluarganya. Aaron turut berdoa agar Tuhan tidak mengambil nyawanya dengan cara sebegini kerana banyak perkara yang belum diselesaikan. Moga Aaron kembali sihat semula seperti sedia kala hendaknya. - CARI
|
sepitsiput replied at 1-11-2017 12:10 PM
gws
persoalan meols : relevant lagi kah aaron aziz di zaman Fattah amin ni? apa je karekter lakon ...
sepitsiput replied at 1-11-2017 12:10 PM
gws
persoalan meols : relevant lagi kah aaron aziz di zaman Fattah amin ni? apa je karekter lakon ...
Suchi replied at 1-11-2017 12:18 PM
Penah demam panas suhu tinggi bila berdiri rasa mcm tak pijak tanah mcm terawangan je, bila pejam ma ...
ADVERTISEMENT