Wanita kerdil yang menyamar sebagai Puteri Sultan Pahang dijatuhi hukuman tiga tahun lagi selepas mengaku bersalah terbabit dengan aktiviti pengubahan wanga haram melibatkan RM 2.84 juta.
Hakim Mohamed Kamil Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Rohaida Yahil, 41 di Mahkamah Sesyen Ampang. Laporan Harian Metro menyatakan, hukuman tersebut akan dilaksanakan sebaik dia selesai menjalani hukuman penjara tiga tahun atas kesalahan menipu pakar bedah kosmetik, Datuk Dr Abdul Jalil Jidon, membabitkan RM1.2 juta, Mac lalu. Pertuduhan pertama, wanita itu didakwa memperoleh wang ke dalam akaun simpanan CIMB Bank Berhad cawangan Ampang Point miliknya melalui transaksi berjumlah RM3,400 daripada akaun simpanan Maybank milik Khuzairiah Abdul Latiff, 40.
Dakwaan dilakukan mengikut Subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Bagi pertuduhan kedua hingga kelapan pula, dia didakwa memperoleh wang ke dalam akaun simpanan CIMB Bank Berhad miliknya daripada Khuzairiah dan Mohd Ghazali Othman, 45, melalui 284 transaksi berasingan yang kesemuanya berjumlah RM2,838,290. Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank cawangan Ampang Point, No 23, Jalan Mamanda 7/1, Wisma Ampang Triangle, Jalan Ampang di sini antara 28 Ogos 2014 hingga 22 April 2016. Bagi ketujuh-tujuh pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(b). Tertuduh diwakili oleh peguam bela Shamsul Sulaiman yang memohon mahkamah untuk menjatuhkan hukuman ringan terhadapnya. "Anak guam saya juga meminta maaf kepada mangsa serta kerabat Pahang kerana menggunakan nama mereka untuk menipu dan dia melakukan semua ini bertujuan mendapatkan lebih ramai kawan," katanya. Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Atiqah Liyana Shahrir memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan alasan tindakan tertuduh menyebabkan jumlah kerugian yang besar ke atas mangsa. -CARI
|
2
Bagus |
7
Marah |
3
Terkejut |
7
Sedih |
8
Lawak |
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
redz85 replied at 1-11-2017 08:53 AM
aku tak pasti samada dia ni atau bukan.. pernah orang viral kan gambar & message dia, dia kata dia p ...
kecimpret replied at 1-11-2017 09:11 AM
ini ka??
krustykrab replied at 1-11-2017 09:23 AM
dia ni jugak yg dulu2 heboh kat FB ke mana, yg asik tipu org haplod gambo2 pompuan cnatik dgn bF hen ...
ADVERTISEMENT