Satu kemalangan membabitkan dua bas, masing-masing bas ekspres dan persiaran dengan sebuah lori tangki bahan kimia berlaku di Km178.4 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala utara dekat susur keluar persimpangan Jasin di Melaka, pagi tadi. Memetik laporan Bernama, Timbalan pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka Noor Hisham Kamal berkata 10 orang yang dilaporkan cedera termasuk pemandu lori, pemandu bas ekspres dan lapan penumpang bas itu. “Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Jasin untuk mendapatkan rawatan.” “Lori tersebut merupakan sebuah lori pembawa asid hidroklorik, mujur semasa kejadian lori tersebut tidak membawa apa-apa bahan kimia."
Beliau berkata punca kemalangan masih dalam siasatan, namun daripada maklumat awal difahamkan kejadian berlaku semasa bas ekspres tersebut cuba memotong lori tangki. Katanya, lebuh raya PLUS merupakan kawasan trafik yang selamat namun faktor teknikal atau sikap pemanduan pengguna jalan raya boleh menyebabkan kemalangan berlaku. Pihak PLUS kemudian membuka laluan kontra kira-kira 11 pagi ini di Km177.9 untuk menggerakkan aliran trafik. Susulan kemalangan itu aliran trafik pada masa ini perlahan di kedua-dua arah.- CARI |
38
Bagus |
11
Marah |
18
Terkejut |
9
Sedih |
12
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
MissVixen replied at 31-10-2017 07:08 PM
Pemandu2 bus dan lori ni tak insaf lagi. Masa weekend, kereta dah 120km/j pun bole dia bagi high bea ...
che-cikL replied at 31-10-2017 07:19 PM
Kalu ada asid tu macam mana agaknya ....
ADVERTISEMENT