Biasanya yang selalu kita dengar dan lihat, ramai wanita terutama di Korea Selatan yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk menjalani pembedahan plastik.
Kalau di Malaysia atau Indonesia, kebanyakannya mengamalkan jamu dan ubat-ubatan, segalanya dilakukan semata-mata nak kelihatan cantik dan awet muda. Tapi berlainan dengan wanita di Vietnam, kerana cara mereka amat berbeza dan mungkin dianggap jijik oleh orang lain. Bukan tiada pilihan lain, tapi dengan cara memakan daging tikus dipercayai sebagai cara yang paling berkesan untuk mengekalkan kecantikan dan keremajaan diri. Menurut sumber World Of Buzz, sudah lama kaum wanita negara tersebut yang mengamalkan tabiat makan sebegini.
Jangan salah anggap, tikus yang dimakan bukan yang jenis berkeliaran di tempah buangan sampah dan najis, sebaliknya tikus sawah menjadi pilihan kerana ianya lebih bersih disebabkan cuma makan padi dan tanaman di sawah. Nak bezakan, tikus sawah mempunyai bulu berwarna coklat muda dan mempunyai kepala yang lebih besar. Disebabkan itu harganya juga lebih mahal. Dagingnya manis, selalu digoreng, dimasak kari, sup dan sebagainya. Ia dikatakan mempunyai kandungan asid amino essential yang tinggi, baik untuk menghasilkan kulit yang lebih muda dan cantik. Senang cerita, daging tikus adalah setara dengan suplemen kulit bagi wanita Vietnam! -CARI
|
22
Bagus |
31
Marah |
41
Terkejut |
24
Sedih |
38
Lawak |
33
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
palmolive: tak selamat para tikus kt malaysia kalo dorang mai sinisama cm anjing liar kt tempat penempatan warga asing
ADVERTISEMENT