CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pukul Anggota Rela, Datuk Seri Serah Diri Di IPD Ampang

31-10-2017 10:22 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7572| Komen: 76


sumber : www.infokini.my


Suspek bergelar Datuk Seri yang didakwa memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Rakyat Malaysia (Rela) Jumaat lalu di sebuah tokong di Jalan Ampang ditahan petang semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.

Memetik laporan Bernama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmad yang mengesahkan perkara itu berkata suspek berusia 29 tahun itu ditahan selepas dia hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang.

“Polis akan memohon perintah reman terhadap suspek esok di Mahkamah Majistret Ampang bagi membantu siasatan."

“Kes ini siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam,” katanya.


Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, tiga anggota Rela iaitu Melvin Cheong Mun Khai, 19, Lee Weng Poh, 27, dan Leong Jiun Jie, 21, masing-masing mengalami kecederaan di kepala, mata dan perut selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki itu.

Kejadian dikatakan bermula apabila mereka meminta suspek mengalihkan kenderaan Toyota Vellfire miliknya yang menganggu lalu lintas, namun dia enggan berbuat demikian.- CARI
6

Bagus
6

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
7

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SWORKS27 31-10-2017 10:23 AM
ini Dato Seri lan jiauuuuuuu
Quote mizkajura 31-10-2017 10:26 AM
Now bertambah2 la seri. Mohon tarik balik title tu. Dpt DS jadi Samsung Ye......{:smile{:smile
Quote andygila 31-10-2017 10:27 AM
Anakku Sazali. Rosak & Perosak.
Quote Buritan 31-10-2017 10:29 AM
Cina pukul cina.. mulayu jugak yg settlekan..
Quote paz 31-10-2017 10:33 AM
Kenapa dia angkat-angkat tangan? Popular ke beliau?
Quote OmJualGas 31-10-2017 10:37 AM
Edited by OmJualGas at 31-10-2017 10:44 AM

Ini anak dragon mana  ?....
Quote bangcak 31-10-2017 10:43 AM
mana geng2 purukasa ngan geng jamal??
takmau pertahankan datuk seri kah??
Quote CrowneGlory 31-10-2017 10:46 AM
dato seri babi ? kesian sampai hati pukul sejenis...
Quote sambal.belacan 31-10-2017 10:52 AM
salah ttp salah,hukum je jng kira pangkat ke apa
Quote -electrifying- 31-10-2017 10:56 AM
dia dpt datuk dri kedah, ds dri pahang kan klau xsilap?
skrg umur dia bru 29, wtf man
Quote dizzzek 31-10-2017 11:00 AM
penakut btoi, muka pun nk blurkan

Quote dizzzek 31-10-2017 11:01 AM
siap ada baju polis
di belakang naga ultimate

Quote dizzzek 31-10-2017 11:01 AM
Quote dizzzek 31-10-2017 11:02 AM
Quote albedah 31-10-2017 11:05 AM
Dato dragon ke
Quote dizzzek 31-10-2017 11:06 AM
-electrifying- replied at 31-10-2017 10:56 AM
dia dpt datuk dri kedah, ds dri pahang kan klau xsilap?
skrg umur dia bru 29, wtf man

yg kedah tu dia tipu
Quote mizruncing 31-10-2017 11:07 AM
ramai rupanya muda2 lg dah dapat title DS. mohon tarik blik title DS tu
Quote chaotic_soul 31-10-2017 11:08 AM
datuk kepala bana dia..dlm kuboq hg datuk ka tun ka semua sama saja
Quote sukacactus 31-10-2017 11:09 AM
Kenapa nak blurkan muka
Kan dia siap angkat tangan tu acah2 selebriti popular

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.057507 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top