CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Melecur Terkena Penutup Lampu, Harris Baba Nak Saman Butik

31-10-2017 10:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 25330| Komen: 147|Original author: Oleh: Myra Rozi

Malang menimpa anak Harris Baba apabila cedera terkena penutup lampu yang tiba-tiba jatuh dari siling.

Insiden terbabit menyebabkan Aleena Ziya yang baru berusia 8 bulan melecur di dagu dan tangan.


Walau bagaimanapun penyanyi dan pelakon itu bersyukur penutup lampu berkenaan tidak mengenai mata anaknya.

Foto: IG Harris Baba
“Ketika kejadian, saya dan isteri sedang melihat kasut manakala Aleena pula berada dalam kereta sorong bayi. Tiba-tiba penutup lampu besi itu jatuh dan menimpa Aleena.

“Kulit Aleena melecur kerana objek itu sangat panas. Kami bergegas membawanya ke pusat perubatan untuk mendapatkan rawatan. Menurut pakar, Aleena melecur tahap dua dan kecederaan itu agak serius.


“Nasib baik tidak terkena bahagian mata kerana ia boleh menyebabkan anak saya buta,” katanya pada Harian Metro.

Foto: IG Harris Baba
Harris juga memuat naik status di Instagram, menyatakan rasa terkilan dengan aspek keselamatan di butik jenama antarabangsa tersebut.

“Saya boleh bayar sendiri kos perubatan. Saya cuma mahu perkara yang membabitkan keselamatan pelanggan dipandang serius pengurusan butik terkenal itu.

“Sepatutnya mereka menitikberatkan aspek keselamatan dan penyelanggaraan di premis itu. Bagaimana kalau ia berlaku kepada orang lain dan menyebabkan kemalangan lebih teruk?

“Pengurus di butik itu ada menjelaskan kontraktor penyelenggaraan akan datang setiap minggu. Saya tidak pasti pihak mana yang salah tapi insiden ini harus dijadikan pengajaran,” katanya.

Foto: IG Harris Baba
Harris juga telah membuat laporan polis dan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap butik tersebut.

Semoga Aleena cepat sembuh! -CARI
2

Bagus
1

Marah
5

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote raradhia 31-10-2017 09:53 AM
Edited by raradhia at 31-10-2017 09:54 AM

ada jgak tengok dekat ig, kesian c bombom gundut ni bha

xapa laa nak, buatlaa laser kaya jgak keturunan kau

tp, apa kes LV maintenance pun ke laut?
Quote pngky 31-10-2017 09:57 AM
kesian jugak kan nengok, tak terbayang keadaan bimbom di ketika tu
Quote caplimau 31-10-2017 09:59 AM
saman jgn tak saman,
duit tu duit,
manetau silap2 boleh dpt tajaan LV seumur hidup ke kan..

hahahahaahaahaha
Quote stania83 31-10-2017 10:00 AM
Malangnya jatuh atas baby
Quote nipskacang 31-10-2017 10:02 AM
ya tuhan pipi diaaaaaa! nasib baik xserius sgt
Quote fox. 31-10-2017 10:03 AM
apakeheinya nama bombom? ingatkan the gardens kena bom
Quote Loginlogoff 31-10-2017 10:04 AM
si bombom neh ikut muka spe eh??emoknye ke bapaknye???tembam smcm sajoooo..sihattt naw naw bdk neh
Quote hotmak 31-10-2017 10:07 AM
geramnya tgk anak dia, kesian lahai, rasa nanti mesti LV akan byr compensation, takkan sampai nak saman2
Quote petit-saconnex 31-10-2017 10:11 AM
mak ngkau, hensemnya apak budak mok ni. tak sedar kewujudan dia ni
Quote idakamaruddin 31-10-2017 10:19 AM
bini harris ni pakai la LV pn muka still kg.com

but anak nye comelll sgt

ok akak approve utk saman

LV butik kot...awat perangai caprut sgt?

Quote alesandra 31-10-2017 10:19 AM
fox. replied at 31-10-2017 10:03 AM
apakeheinya nama bombom? ingatkan the gardens kena bom

haha kann?budus punya parents bagi nama ank sedap2 aleena..ujung2 bombom.sedehhh
Quote BebeQ 31-10-2017 10:21 AM
Kesian jatuh dekat baby. sila la buat apa yg patut dekat LV tu. Bahaya kot.

Tapi bapaknya pun..sampai kena buat laser untuk buang scar? Kulit baby cepat recover kan, rasanya tak perlu laser kot.

Tu belum lagi hadap anak kena chicken pox
Quote madstone72 31-10-2017 10:22 AM
idakamaruddin replied at 31-10-2017 10:19 AM
bini harris ni pakai la LV pn muka still kg.com

but anak nye comelll sgt

Segala yg elok/ x elok adalah ciptaan Allah. Jangan la mengkeji ciptaan Allah.

Bersyukurlah kita ada wajah yg ayu/tampan
Quote lady_rara 31-10-2017 10:23 AM
saman jangan x saman.. x kira la butik apa sekalipun...
Quote paz 31-10-2017 10:25 AM
Saman ajalah, LV pun sure tak nak ada butik dia yang tak beri keselamatan pada pelanggan mereka.
Quote tomaz 31-10-2017 10:29 AM
saman byk sikit.. boleh la tampung kehidupan.. sendu dah khenn skrg
Quote mizkajura 31-10-2017 10:29 AM
Sila bertabah. Saman je. Untung dpt duit saman selesai luar court n lv utk 5 tahun{:smile{:smile
Quote lovezy 31-10-2017 10:39 AM
kesiannya baby...nasib baik tak teruk sangat
Quote lovezy 31-10-2017 10:42 AM
raradhia replied at 31-10-2017 09:53 AM
ada jgak tengok dekat ig, kesian c bombom gundut ni bha

xapa laa nak, buatlaa laser kaya jgak  ...

keturunan dia ka atau keturunan bininya yang kaya?

Lihat semua komen(147)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.082088 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top