Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun berasal dari Taiping, Perak maut di tempat kejadian apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah ambulans. Memetik laporan Utusan Online, jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada pukul 11.11 pagi. Menurut saksi, hasil pelanggaran, mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Hazim Ahmad Nazir terperosok di bawah ambulans , manakala motosikal teruk dilanggar ambulan yang terbabas. Biarpun orang ramai berusaha mengeluarkan mangsa dari bawah ambulans, namun dia didapati telah meninggal dunia. Difahamkan ketika kejadian, mangsa turut membonceng bersama kakaknya yang berusia 12 tahun, Anira Husna dilaporkan cedera parah.
Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Harrith Kam Abdullah, kemalangan itu turut menyebabkan pemandu ambulans dan seorang jururawat mengalami cedera ringan. Katanya siasatan awal mendapati semasa kejadian, ambulans dari Klinik Kesihatan Changkat Jering itu sedang menghala ke Kampung Senduk, manakala remaja tersebut bersama kakaknya mahu ke kedai runcit berhampiran. "Kemalangan dipercayai berlaku apabila ambulans yang bergegas ke lokasi untuk mengambil pesakit dari laluan Changkat Ibol ke Bukit Gantang bertembung dengan motosikal yang tiba-tiba keluar dari simpang sebelah kiri menghala ke Changkat Ibol." Harrith Kam berkata siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan.- CARI
|
13
Bagus |
13
Marah |
13
Terkejut |
11
Sedih |
14
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT