CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Zahirah Tikam Belakang" - Kamal Adli Tak Salahkan Emma

28-10-2017 01:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 30381| Komen: 222|Original author: Oleh: Adib Za

Kontroversi percintaan pelakon Emma Maembong dan Kamal Adli nampaknya masih belum berhenti.

Terbaru, Kamal berkata kisah tersebut menjadi semakin panas dan masalah menjadi parah selepas Zahirah Macwilson cuba menikam dari belakang, sedangkan perkara itu sudah diselesaikan secara baik sebelum dilaporkan media. 


Memetik laporan Mstar Online, Kamal berkata dia sudah menjelaskan situasi sebenar kepada Emma dan juga teman lelaki Zahiran iaitu Zul Ariffin menerusi tiga pertemuan sebelum ini, malah meminta maaf kepada aktor itu.

“Saya keluar bersamanya (Zahirah) bersama dua lagi rakan kami. Ia merupakan kesalahan saya dan saya sudah terangkan kepada Emma dan Zul.  

"Tetapi yang peliknya ketika pertemuan kali ketiga dengan kehadiran Emma dan Zul, dia tiba-tiba memutar belit kenyataan sehingga saya sendiri terkejut.

"Anda bayangkanlah bagaimana Emma tak marah dan mula berprasangka buruk terhadap saya? Dari situ hubungan kami bermasalah dan sehinggalah Emma keluarkan kenyataan tentang hubungan kami," ujarnya. 


Kamal yang baru sahaja menerima RM100,000 selepas menjuarai program Super Spontan Superstar 2017 semalam berkata dia tidak menyalahkan Emma dalam hal ini.

Foto Carian internet
"Secara terbuka saya ingin meminta maaf sekali lagi kepada Emma, harap orang luar jangan salahkannya.

"Dia adalah teman wanita saya dan dia ada hak untuk rasa apa yang dia rasa (berhubung kontroversi).

"Perempuan mana yang tak naik angin apabila orang dakwa teman lelakinya terhegeh-hegeh dengan perempuan lain dan tidak dilayan pula," katanya lagi. - CARI 
15

Bagus
12

Marah
11

Terkejut
14

Sedih
32

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (98 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 28-10-2017 01:13 PM
dia adalah teman wanita saya..erk bukan dh putus meh?
Quote raradhia 28-10-2017 01:15 PM
apa ni kamal?
Quote manjalara_01 28-10-2017 01:17 PM
wah! RM100,000....

last time i masuk pertandingan menang CD Too Phat...tu je...hehe
Quote kucen_miang 28-10-2017 01:21 PM
helicornia replied at 28-10-2017 01:13 PM
dia adalah teman wanita saya..erk bukan dh putus meh?

dah menang. sambung balik la. boleh dah nak buat minang tu
Quote doubleA 28-10-2017 01:23 PM
Udah2 la tu couple bbnu walhal dah dewasa pun masing2. Dari statement kamal ni terus nampak zahirah dikambinghitamkan. Hujung2 kamal-emma jugak macam takda apa jadi, biasa couple bbnu gaduh
Quote IsobelMelody 28-10-2017 01:24 PM
again?????? jangan jolok sarang tebuan la kamal.. nanti diperbutokan lagi{:teatime
Quote rayna_raynes 28-10-2017 01:24 PM
Rugi la buang kamal masa ni. 100K kannn... *Roll eyes*
Quote hotmak 28-10-2017 01:26 PM
dah menang tu adalah modal nak pujuk balik, terus pinang jelah kamal abih ceta
Quote Sasakim 28-10-2017 01:30 PM
NO MONEY NO HONEY~ loser{
Quote naina 28-10-2017 01:32 PM
Hmmm jelahh. Nnt dh kawen lg dasat tau dugaannya. Setakat cintan cintun ni apa sgtla
Quote tomaz 28-10-2017 01:38 PM
zahirah mekwilson duk snyap2 je eh.. jgn dilayan bbnu bercinta bergaduh merempan bercinta semula.. last2 org nmpk chuolss jgk yg meroyan yg salah.. duduk senyap2 buat job.. muda lg kot rilex2 dulu.. zul gaya berpisah teda.. cari lain je
Quote YPM_Addora 28-10-2017 01:53 PM
Enough,apa ni KA?
Quote samasam90 28-10-2017 01:58 PM
Jadi takde yg petik emma punya game? In the end, emma kekal suchi mewangi kepamssss.. meolls harap kamal deli dgn ira berjodohan kerna ya, zuripin hak milik gaya kan.. jadi sesuai deh.. gittuh.. hakikatnya, meolls nak juga DPD raya
Quote CtMaryam123 28-10-2017 02:01 PM
raradhia replied at 28-10-2017 01:15 PM
apa ni kamal?

bercinta lg dgn mental diapun jadi mental puiii tutup mulutlah ko tu jantan... lgpun dah menang..
Quote cocoagirl 28-10-2017 02:05 PM
Suka jgk tgk emma ni cantik bertudung. Lagi2 skrg ni lg bertbah cantik. Tp aku mcm x berkenan bila bab lelaki je meroyan lebih2. Kalu dh kawin mcmana. Kang seminggu ja kawin ada mslh sikit kecoh satu malaysia. Tp kalu dh mmg cinta sejati teruskn saja. Jgn meroyan lebih2 dh lps ni kalu ada mslh lg. Settle dulu baik2
Quote cocoagirl 28-10-2017 02:07 PM
Kamal adli pun baik diam je. Dr salahkn org sana sini nmpk diri sendri plak yg salah. Diam x semestinya salah. Lmbt laun org tahu jgk mana btul mana salah
Quote Nenasketum 28-10-2017 02:07 PM
Nak amik tempat Joy & Apis nampak. Berbelit2 statement.
Quote CardiGans85 28-10-2017 02:11 PM
Merentan sbb syg di soc med/ reporter adalah bbnu. Walhal da byk kali bincang..tp nampak KA syg EM. Da la,g la msk meminang. Mesti terus senyap.
Quote kiambang 28-10-2017 02:13 PM
Pulak dah ... kau ni buta dah KA.

Lihat semua komen(222)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.146681 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top