Akibat bersubahat membunuh suaminya lima tahun lalu, seorang wanita dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di Sibu, semalam. Memetik laporan Bernama, Hakim Datuk Norcahaya Arshad berkata kes tersebut telah berjaya dibuktikan melampaui keraguan munasabah bahawa Ling Hang Tsyr, 36, bersubahat dalam pembunuhan suaminya, Wong Jing Kui, 31, di rumah mereka di Jalan Ulu Sungai Merah pada 1.30 pagi, 14 Jun 2012.
"Tertuduh didapati bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, disabitkan pertuduhan dan dijatuhi hukuman mati dengan digantung di leher sehingga mati," katanya. Kerani bank bahagian pemulihan kredit itu didakwa melakukan perbuatan itu dengan teman lelakinya, Tiong King Guan, 31. Ling dan Tiong juga dilihat lebih daripada kawan biasa selepas bukti menunjukkan mereka kerap berhubung melalui SMS dan panggilan telefon. "Sekurang-kurangnya terdapat 20 SMS sehari. Tiada apa yang menunjukkan dia melakukan perkara yang sama kepada pelanggannya yang lain," katanya. Norcahaya berkata tertuduh telah membantu dan bersubahat dalam pembunuhan itu dengan membantu menyalurkan maklumat mengenai pintu bilik tidur yang tidak berkunci kepada Tiong, yang kemudian mengarahkan Hoe Ing melakukan pembunuhan itu melalui SMS.
Beliau berkata pembunuhan itu dilakukan selepas mangsa meneruskan hasrat untuk menceraikannya. Bagaimanapun, Tiong sehingga kini masih lagi tidak dapat dikesan, sehubungan itu keluarga mangsa menawarkan ganjaran wang tunai RM50,000 kepada orang ramai yang berjaya menemuinya. - CARI |
11
Bagus |
7
Marah |
14
Terkejut |
7
Sedih |
2
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
slavehunter replied at 28-10-2017 01:47 PM
Laaa kalau dah suami plan nak ceraikan bagus la boleh dia kawin dengan Bf, apsal nak bunuh pulak. Ke ...
bloodder replied at 28-10-2017 01:48 PM
insurance hayat macamner nak claim kalau cerai hidup
Knowlee replied at 28-10-2017 03:30 PM
Akhir zaman ni, apa sikit bunuh, apa sikit bunuh. Nauzubillah.
Decaffeinated replied at 28-10-2017 03:52 PM
zaman jahiliyyah lagi teruk..... asal pompuan bunuh, asal pompuan bunuh.....
Decaffeinated replied at 28-10-2017 03:25 PM
Apa jadi kat Hoe Ing?....
ulamalu replied at 28-10-2017 05:57 PM
Alamak, x jadi pula tepek link
ADVERTISEMENT