Terkadang memang ada pekerja yang 'lebih sudu dari kuah' bila berlagak mengalahkan tuan punya kedai. Itulah yang diluahkan oleh seorang netizen yang merupakan seorang barista. Namun tidak dapat dipastikan dia merupakan barista untuk kafe atau jenama mana satu.
Katanya, kepada rakan-rakan yang sama bekerja sebagai barista tak perlulah sampai menyombong diri atau pun berat tulang ketika pelanggan yang datang 'tercangak-cangak'. Maklumlah bukan semua pelanggan yang arif dengan semua istilah kopi melainkan mereka benar-benar pelanggan setia dan penggemar tegar kopi. Ketika inilah, beri bantuan kepada para pelanggan ini dan bukannya sekadar meminta mereka melihat menu. "Kalau nampak customers tu macam tercangak-cangak baca menu, pastu dia kata dia nak coffee sahaja, atau pun white coffee, please lah guide sikit. "Jangan kata tu menu kat atas tu, boleh baca.. "Kau barista je pun, bukan Menteri Kopi dalam Negara ke apa tak perlu nak eksyen sangat." Perkongsian ringkas ini mendapat respon positif dari kalangan netizen. Mereka turut menceritakan pengalaman pahit ketika berdepan dengan pekerja yang 'action'. "Apa yang susah, ajarlah balik pekerja tu...duduk je termenung kat situ baca menu sampai dua tiga jam.." "Ramai je sales person berlagak macam le kedai tu dua yang punya.." Apa pula pendapat anda ketika berkunjung ke kedai kopi mahal ini? - CARI
|
mommymonster82: Lg geram cafe yg letak nm pelik2 lepas tu xde explainantion menatang apa dalam tu..Menu pon xde gambar..Dah menatang apa yg kita oder pon kita xtau..
shernazz replied at 27-10-2017 07:56 PM
iols bagi petua
masuk kedai gini kena action cm uols cm acah acah kaya...walaupon berduit atau x.
...
putriTS replied at 27-10-2017 10:35 PM
U ckp pasal suruh tanya pasal new menu ke benda ni kan..I pnah la sekali kat drive thru Sbucks..I ...
shernazz replied at 27-10-2017 10:42 PM
drive thru xsesuai uols..
iols biasa drive thru order latte n donat atau tuna quiche
kalau thru ...
ADVERTISEMENT