Meskipun kejadian rogol di India kerap mendapat liputan media, namun terdapat sejumlah besar kes tidak dilaporkan. Ini berikutan kebanyakan mangsa yang terbabit terdiri daripada kanak-kanak perempuan daripada keluarga miskin, kanak-kanak jalanan dan yang tinggal di rumah perlindungan. Akibatnya kini India telah dianggap negara yang paling bahaya untuk kaum wanita di mata dunia. Memetik laporan Daily Mail Online, seorang wanita dirogol di tepi jalan yang sibuk pada waktu siang di barat India pada Ahad lalu. Kejadian yang dirakamkan itu menyaksikan beberapa pejalan kaki melalui jalan tersebut tidak tampil untuk menyelamatkan wanita berkenaan.
Mangsa diserang dan dirogol oleh seorang tukang cuci berusia 23 tahun dalam kejadian pada kira-kira pukul 2.30 petang. Wanita tersebut dilaporkan meninggalkan keluarganya yang tinggal di pinggir bandar dua hari sebelum itu, selepas bergaduh dengan suaminya. Suspek perogol, Ganji Siva didakwa merogolnya di tepi jalan. Beberapa orang awam mula merakamkan kejadian itu, dan salah satu video yang dirakamkan dari seberang jalan dibawa kepada polis. Suspek bagaimanapun telah beredar sebaik sahaja polis tiba di tempat kejadian. Berdasarkan keterangan saksi dan bukti video, Siva berjaya dikenal pasti dan ditahan. Video wanita dirogol itu tular di media sosial membangkitkan kemarahan orang ramai yang mempersoalkan mengapa mangsa tidak diselamatkan.- CARI |
ADVERTISEMENT