CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

VW Beetle Di Jordan, Hotel Terkecil Di Dunia Di Tengah-tengah Gurun Pasir!

26-10-2017 01:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5807| Komen: 8|Original author: Oleh: Maly Rosli

Apakah nasib sebuah kereta usang yang sudah tidak berfungsi lagi? Mungkin kebanyakannya akan tersadai menjadi besi buruk atau dilupuskan sahaja. Kalau bernasib baik, ia akan menjadi barang pameran.


Namun, berbeza dengan Mohammed Al Malaheem, 64, menjanjikan pengalaman baru sama hebat dengan hotel lima bintang jika anda bermalam di dalam kereta kecilnya.



Kereta Volkswagen Beetle miliknya di tepi jalan di Desa Al Jaya, gurun pasir Jordan, menjadi kamar penginapan yang diberi julukan “hotel terkecil di dunia” dan ia sudah mula beroperasi sejak 2011.

Memetik CNN, Desa Al Jaya merupakan kampung halaman Mohammed yang terkenal dengan panggilan Abu Ali.



"Pada mulanya, saya ingin memulakan sebuah projek yang dapat menarik perhatian pelancong, sekali gus mengembangkan kawasan ini sebagai destinasi pelancongan kerana kawasan ini memiliki pemandangan yang sangat indah," katanya.

Al Jaya terletak berhampiran Al Shoubak di mana terletaknya sebuah istana peninggalan abad ke-12 bernama Montreal. Ia sebuah desa yang sepi kerana kebanyakan daripada penduduknya berhijrah untuk mencari kehidupan yang lebih moden. 

VW Abu Ali dihias anak perempuannya dengan cadar bersulam buatan tangan serta bantal yang dihias dengan motif tradisional dan manik yang berwarna-warni.



Menurut Abu Ali, ianya sangat nyaman bermalam di hotel kecil ini. Rasa macam menginap di hotel lima bintang!

Selain itu, Abu Ali juga membina 'lobi' hotel di dalam sebuah gua berdekatan dan menamakannya 'Baldwin's Grotto' sempenan Baldwin I dari Baitulmuqaddis yang membina istana Montreal pada 1115.



Lobi itu dijadikan tempat melayan tetamu di mana mereka boleh menikmati kopi, teh serta kuih-muih tradisi Jordan. Dia juga mendirikan sebuah kedai kecil menjual cenderamata seperti barang antik, perhiasan, batu permata, dan macam-macam lagi.

Hotel ini hanya boleh memuatkan dua orang pada satu masa dan dikenakan JD40 (Dinar Jordan) bersamaan RM238.73 untuk semalaman.

Menerusi sebuah dinding di mana terdapat banyak kad, gambar pengunjung serta pesanan 'terima kasih' menunjukkan ramai yang berpuas hati selepas bermalam di situ.



Sementara itu, Abu Ali juga bercadang untuk menambah beberapa VW lagi bagi mengembangkan perniagannya itu.


Foto: CNN

Bagaimana, berminat untuk bermalam di dalam VW di tengah-tengah gurun pasir ini? - CARI
5

Bagus
7

Marah
10

Terkejut
11

Sedih
13

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 26-10-2017 01:31 PM
sesuai jd tmpat ngeseks je.. Tu pon kalo siang berpeluh..
Quote Lilly.june 26-10-2017 01:33 PM
Kreatifff....agak2 ade pelanggan kee{:give
Quote misscendol 27-10-2017 09:48 AM
Sahih ke berita ini???????????????
Quote notyghosty 1-11-2017 03:54 PM
xpanassss ke??
Quote iznanaziz 2-11-2017 03:40 PM
RatuDunia94 replied at 26-10-2017 01:31 PM
sesuai jd tmpat ngeseks je.. Tu pon kalo siang berpeluh..

hotel yg dia ckp tu, kereta tu ke?

tgk gambar bantal2 tu mcm beso je...
Quote zaziot 2-11-2017 04:16 PM
lawak betol la
Quote @pplegreen 7-11-2017 09:29 PM
bole tido ker tgk cuaca panas mesti macam sauna silap2 kepam bau
Quote saladin780 7-11-2017 10:12 PM
apa daa korg ni..tgk cuaca terik camtuh terus samakan dgn cuaca malaysia yg panas lembap nih..kat malaysia mmmg la ko tido dalam kete habis berpeluh kepam..jordan ni 4 musim okeh ..musim panas pun panas kering, bukan panas lembap mcm kat sini


Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.088951 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top