CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Alahai, Kondom Kondom!

25-10-2017 11:16 AM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 9138| Komen: 23

ALAHAI KONDOM KONDOM 

Ada laporan akhbar yang dipost kat FB baru baru ini pasal  kondom yang dah diguna berselerak, bertaburan di satu kawasan letak kereta di bandar Seremban kalau tak silap saya.


Tak pelu dihuraikan apa yang terjadi atau apa yang berlaku di kawasan parkir itu sebelum kondom bertaburan. 

Katanya ada satu “bilik kecil”di situ untuk aktiviti sebelum kondom dibuang merata rata setelah diguna pakai.


Benda ini bukan baru. Masa saya muda muda dulu pun berlaku. Di beberapa tempat.  Cuma pada zaman itu kami tak cakap kondom. Kami kata French cap. Topi Perancis . Entah macam mana istilah itu wujud atau siapa yang first beri nama itu tak lah kami tahu. Tak tanya pun. Orang kata French cap kami pun kata French cap. 

Berbalik kepada cerita kawasan tempat letak kereta di Seremban tadi.

Jelaslah pasangan yang jalankan aktiviti datang bila kawasan parkir dah kosong. Lewat petang  atau waktu malam. Dan daripada bilangan kondom terpakai yang berselerak tempat itu memikat ramai pengunjung. 


Akhbar yang menyiarkan laporan itu turut memetik komen orang awam yang marah dan jijik dengan  apa yang berlaku.


Ada yang berpendapat apa yang berlaku ialah kerana betapa senangnya orang beli kodom. Orang tua, muda, remaja semua senang beli kondom. Pilih, bayar dan beredar. Lantas ada yang mahu ini diperhatikan. Dalam erti kata lain mungkin mereka mahu penjualan atau lebih tepat pembelian kondom diperkatakan. Supaya susah sikit untuk beli. 

Mungkin mereka mahu kondom tidak boleh dibeli oleh golongan yang berusia 18 tahun ke bawah. Macam pembelian rokok atau minuman keras. Ada notis yang jelas menghuraikan peraturan. 

Tapi yang guna kondom dan mungkin yang buang kondom selepas digunakan golongan dewasa atau  geng tua. Tak semestinya budak bawah umur. 
Atau mungkin ada yang mahu pembeli kondom mesti register nama alamat sebagainya? Tak praktikal la kot. 

Jika dilaksanakan pun ia tidak akan bawa apa apa kesan. 

Rasanya kita semua faham isunya ialah kegiatan seks. Itulah sebabnya akhbar siarkan laporan kondom bertaburan dan orang awam beri komen. Namun aktiviti seperti yang berlaku di kawasan letak kereta itu akan berterusan. 


Oklah mungkin boleh tugaskan security guard di kawasan itu. Atau pasang lampu. Apa yang akan berlaku? Si pengunjung pergi tempat lain.

Mereka ada pelbagai pilihan. Benda benda macam ni susah dibendung. Malah mustahil. 

Itu realiti.
10

Bagus
6

Marah
8

Terkejut
12

Sedih
9

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AyaqMeloSuam 25-10-2017 11:38 AM
Baik guna kondom dr isu2 lain pulak timbul...
Kondom juga ada dberi percuma olh pusat khidmat masyarakat & klinik2 terpilih...
Golongan yg bpontensi tinggi spt Transgender& drug addicts juga dpt percuma...
Isu sbgini perlu dlihat secara meluas... ia utk mngelakkn penyakit spt STD & moral jiwa spt pmbuangan bayi & jenayah rogol juga.
Dr segi pngekangan... PBT perlu lihat kwsn parkir itu bwh PBT mana? Perlukah sekuriti? Lampu yg terang? Rondaan pihak bkuasa scara bkala? Ia bukannya ISU KONDOM... KONDOM  x bersalah kot...
{:nose{:nose{:nose{:nose
Quote CiliPadiSedap 25-10-2017 11:44 AM
kalau xde kondom budak ni boleh beli sepaket belon.
Quote nisako 25-10-2017 01:00 PM
bukan masalah kondom ni... masalah budak2 skrg advance lebih.................
Quote damian_lee 25-10-2017 01:01 PM
Maaf ya
Aku baca penulisan ni mcm baca karangan aku sebatang prnsil
Quote lululun 25-10-2017 03:35 PM
Jangan tambahkan susah beli kondom. Tambahkan budaya melentur buluh dari rebung. Terapkan nilai dari kecil. It takes a village to raise a child- komuniti pun perlu peka dan prihatin.
Quote CrowneGlory 25-10-2017 03:47 PM
biorla dia berkondom... dosa sesama dorg dr bangang2 yg tak pakai pastu ter peknen buang anak2 bersepah2 mcm sampah
Quote miemiecha 25-10-2017 04:30 PM
kondom boleh dapat pree kat kk kan
Quote LavaUollss 25-10-2017 07:21 PM
bodohnya yg bagi cadangan hadkan umo beli kondom.
Quote LostStar 26-10-2017 09:05 AM
haih mcm2 la.. tak boleh terima akal bila nak had kan beli kondom.. kalau da birah sejak 13 tahun.. harus galakkn depa pakai..  supaya tak membiak lagi golongan gtu.. susah nak control haaa budak2 birah zaman skrg ni..
Quote pinkpunk 26-10-2017 09:28 AM
agaknya penulis ni lagi suka tgk org buang bayi kot.. bingai
Quote RatuDunia94 26-10-2017 02:01 PM
Eh better buang kondom bersepah dr buang bayi bersepah..
Quote -electrifying- 26-10-2017 03:06 PM
patot buat report kt pihak berkuasa, jadah apa nk usik psl kondom
Quote Lilly.june 26-10-2017 10:29 PM
Kondom ni nk cegah aids dan perkara lebih teruk. Tapi tu x bermakna aku menyokong pbuatan x bmoral ni ye
Quote JACKddd 26-10-2017 11:38 PM
Condom is for good only ya
Quote misscendol 27-10-2017 10:06 AM
Kenapa jadi sebegitu sekali
Quote giyomi 29-10-2017 02:49 PM
Sepatutnya netizen yg komen suruh kuatkuasakan undang2 beli kondom tu perhatikan tindak tanduk anak mereka. ada kondom takder kondom seks ttp berleluasa yg beza cuma, klu takder kondom maka bayi2 dibuang  dan makin ramai pesakit pelbagai penyakit. Jadi kita kena cantas punca utama hal ni, iaitu seks.
Quote MarissaOberlin 30-10-2017 07:55 PM
Well on the bright side they used protection. At least ada kesedaran tu. Safe sex. Kalau main enjut je kang mula la kes buang bayi lagi. Yes they olls still berzina but bila dah ada protection tu harapnya kurangkan statistik buang bayi la hendaknya
Quote Orgkgdukobesi 1-11-2017 07:32 PM
kesedaran safe sex tu ada...tapi janganlah buang sampah merata2
Quote missyL 1-11-2017 07:45 PM
hmmm
bkn masalah senang beli kondom

masalah nye org dah xde harga diri
dah xde malu pada tuhan
klo ade malu pada tuhan

no matter what ur religion is,
xkan ade kejadian cmnie

makin punah dah dunia
oh well

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.107179 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top