Susulan nahas yang mengorbankan lapan nyawa di Kilometer 147 berhampiran Plaza Tol Juru pagi semalam, dua pemandu bas kilang yang masing-masing berusia 23 dan 37 tahun itu ditahan pihak polis. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati mereka berdua itu bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol. Namun demikian, memetik laporan Berita Harian, kedua-dua mereka kini direman selama empat hari bermula semalam hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu hingga menyebabkan kematian. Katanya, polis juga menunggu keputusan ujian darah dua pemandu bas itu yang sudah dihantar ke Jabatan Kimia untuk proses tindakan selanjutnya.
Dalam kejadian jam 5.30 pagi semalam, seorang pekerja wanita warga tempatan dan tujuh warga Indonesia maut berikutan bas yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan. Insiden itu juga mengakibatkan seramai 44 lagi pekerja turut mengalami kecederaan dan masih menerima rawatan di beberapa hospital di sekitar negeri ini.- CARI
|
21
![]() Bagus |
16
![]() Marah |
13
![]() Terkejut |
21
![]() Sedih |
21
![]() Lawak |
17
![]() Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT