CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tular Cuaca Panas Melebihi 40 Celcius Adalah Mesej Palsu- Jabatan Meteorologi

24-10-2017 03:04 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4559| Komen: 26


sumber : FMT


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menafikan berhubung mesej yang tular di media sosial dan aplikasi Whatsapp bahawa cuaca panas dijangka melebihi 40 darjah celcius bagi tempoh 5 hari akan datang.

Memetik laporan Bernama, Ketua Pengarah MET Malaysia, Alui Bahari berkata suhu tertinggi yang dicatatkan minggu lalu ialah 36 darjah celcius dan tidak mencapai tahap suhu gelombang haba iaitu melebihi 37 darjah celcius.

“Matahari juga kini tidak berada di kedudukan garisan Khatulistiwa dan berdasarkan pemantauan terkini, keadaan cuaca ribut petir pada sebelah petang telah berlaku di beberapa tempat di Semenanjung berikutan Taufan Lan semakin lemah."

“Keadaan ribut petir ini adalah normal semasa fasa peralihan monsun yang sedang dialami negara ketika ini.” 

Beliau turut menasihati orang awam supaya mendapatkan maklumat sahih mengenai kedaan cuaca dari laman sesawang MET Malaysia di www.met.gov.my atau menghubungi talian 1-300-221638.- CARI

sumber: http://www.met.gov.my/

34

Bagus
9

Marah
11

Terkejut
23

Sedih
13

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kecimpret 24-10-2017 03:07 PM
Yg kata bulan ni bakal banjir besar tu pun palsu gakkk

KUCHING: Malaysia diramal mengalami banjir besar pada bulan ini ekoran berlakunya fasa perubahan tiupan monsun bermula semalam.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, taburan hujan yang meningkat merupakan amaran awal bahawa akan berlakunya fenomena ini dan ia diramal berlaku di seluruh rantau ini termasuk Indonesia dan Filipina.

"Kita telah meminta kerajaan negeri dan Majlis Keselamatan Negara untuk bersedia, selain mengambil langkah-langkah awal untuk berhadapan fenomena ini.


Quote MissVixen 24-10-2017 03:12 PM
Suhu petang rumah aku 43. Betul la tu. Rasa kena salai dah ni.
Quote ell768 24-10-2017 03:23 PM
hair ni mendung..ada tempat ujan kejap ada yg takat 2-3 titik jer..huhuhuh tp cuaca mendung sampai tgh hari ni..agak2 ujan x malam nanti?
Quote Simunggu 24-10-2017 03:25 PM
KK hujan tadi pagi..
Quote bloodder 24-10-2017 03:32 PM
kl hujan lebat
Quote idakamaruddin 24-10-2017 03:36 PM
knp palsu plak

aku cek smlm kt meter suhu kt luar 41c

ke meter aku rosak

Quote AbukRokok 24-10-2017 03:52 PM
KL hujan lebat pagi tadi...la ni sejuk je x0panas lagi
Quote cekenit 24-10-2017 03:56 PM
KL tengah hujan lebat ni..riso kereta tenggelam je ni ha
Quote mesmerize 24-10-2017 03:58 PM
kat PJ hujan pagi tadi sampai skrg mendung.. alhamdulillah
Quote saladin780 24-10-2017 04:01 PM
kalu tgk real feel pun mmg 40C..tu lagi accurate kot..kena kira faktor humidity jugak
Quote bloodder 24-10-2017 04:02 PM
mesmerize replied at 24-10-2017 03:58 PM
kat PJ hujan pagi tadi sampai skrg mendung.. alhamdulillah

dah tu, kalau tak hujan tak alhamdulillah ke?baru panas sikit dah taknak puji tuhan.



Quote DeMax 24-10-2017 04:03 PM
MissVixen replied at 24-10-2017 03:12 PM
Suhu petang rumah aku 43. Betul la tu. Rasa kena salai dah ni.

Ni semua salah madey kerala
Quote Siput_Sawah 24-10-2017 04:04 PM
kl hari ni hujan sudah.......:-))
Quote MissVixen 24-10-2017 04:09 PM
idakamaruddin replied at 24-10-2017 03:36 PM
knp palsu plak

aku cek smlm kt meter suhu kt luar 41c

Betul la tu. Hari ini ada hujan?
Quote MissVixen 24-10-2017 04:09 PM
DeMax replied at 24-10-2017 04:03 PM
Ni semua salah madey kerala

Apa kau merepek ni.
Quote mesmerize 24-10-2017 04:29 PM
bloodder replied at 24-10-2017 04:02 PM
dah tu, kalau tak hujan tak alhamdulillah ke?baru panas sikit dah taknak puji tuhan.

hai lava .. welcome back
Quote whatsup33 24-10-2017 05:03 PM
alhamdulillah..hujan dah arini
Quote sinalegna 24-10-2017 07:59 PM
Kat office dlm ekon pun membahang jek.. teruk nauu dah ni
Quote RatuDunia94 24-10-2017 08:43 PM
Tmpt iols alhamdulillah sejuk.. Hujan satu hari td..

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.073099 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top