Isu berkaitan makanan dicas mahal bukan satu perkara baru lagi. Namun, bila terkena batang hidung sendiri memang boleh meroyan dibuatnya. Terkejut beruk! Dua pinggan nasi campur dicas RM100, siapa yang tak berasa hairan dan juga naik angin.
Seorang netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan juga tidak faham mengapa nasi campur yang diambil sebanyak dua pinggan untuk dua orang boleh dicas sedemikian rupa. "Weh memang gini ke (harga makanan) kedai ni? Ke laki aku makan ikan duyung?" Itulah yang dibangkitkan oleh netizen bernama Feyqa Maria ini menerusi laman Twitter. Dia turut memuat naik gambar makanan dan juga resit yang 'luar biasa' itu.
Berdasarkan resit tersebut, harga nasi putih sahaja RM8 sepinggan, makanan udang sambal dicas RM36 dan juga RM46. Wanita ini berkata suaminya yang bertugas di luar kawasan, baru pertama kali pergi ke Pahang. Mereka mengambil keputusan makan di tepi jalan sahaja dan faham jika harga udang dicaj lebih mahal. Namun, bukannya terus diletakkan harga hampir RM50 sepinggan itu. Pun begitu ada netizen lain memberi penjelasan harga udang galah sememangnya mahal. "Udang galah tu sis. Sekarang harga RM60 sekilo. So no wonder lahh kalau harge udang cengitu." Apa pula pendapat anda? Berpatutankah harga dua pinggan nasi campur tersebut? - CARI
|
7
Bagus |
7
Marah |
6
Terkejut |
10
Sedih |
4
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CardiGans85: Udang galah ni klu yg besar mmg mahal..cuma kt kedai mhl semacam..biasa jumpa rm25 seekor utk besar mcm ni.Len kali, jgn mkn udang/tya dl.
L_Z: Emang harga udang..sotong mahal... lain kali tanya dulu..baru cekau...bodoh..tu pon nak kena ajar......ko tu memalukan diri sendiri ja sikit sikit nak ...
irwansuhadi replied at 24-10-2017 11:37 AM
bangla jual udang galah lagi murah. sepinggan (ada 8-10 ekor) baru RM20.00. Tak pun RM25.00. Macam m ...
ADVERTISEMENT