Kalau ada pelajar yang malas pergi ke kuliah, cuba tengok kucing yang popular dengan nama Labun ni. Labun pun rajin pergi ke kelas ya. Disebabkan kerajinan serta aksi dan keletahnya di kelas, sekelip mata Labun popular dan menjadi viral tahun lepas.
Ramai yang terhibur dengan haiwan comel ini dan siapa sangka, sekarang Labun dah ada kad matriknya sendiri. Ianya diberikan oleh pihak kampus Universiti Islam Antarabangsa, Gombak sebagai tanda pengenalan haiwan peliharaan di situ. Menurut Astro Awani, Labun asalnya adalah seekor haiwan jalanan, tapi kini dijaga rapi oleh 'ibu-ibu' angkatnya.
Pensyarah dan pelajar-pelajar di situ langsung tak lokek memberikan makan dan bermain kepadanya. Kalau kebetulan ianya cuti semester, pekerja pembersihan pun akan membantu tengok-tengokkannya. Seorang pensyarah yang dikenali sebagai Prof Norsaremah berkata, kehadiran Labun bukan sahaja sebagai hiburan tetapi sebagai cara untuk memupuk rasa sayang dan simpati terhadap haiwan. Bangunan Kuliyyah of ICT di universiti itu sudah menjadi kediaman Labuan selama lima tahun, tak hairanlah ramai yang menyayanginya. Pendek cerita Labun dah memiliki kehidupan yang sempurna dengan 'rumah' yang besar, 'keluarga' yang baik menjaganya dan yang paling penting ada kad matrik! Bertuah Labun, ada yang mempunyai pengalaman berjumpa dengan kucing sebegini tak? -CARI |
21
Bagus |
48
Marah |
34
Terkejut |
23
Sedih |
27
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kikuri: gemok labun ni.... ade sekor lagi geng labun nama maikel
Jorja: Try tanam bunga catnip kt taman uni nanti lagi banyak yg datang belajar
ADVERTISEMENT