CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Ramai Yang Terlampau Khusyuk Dan Terdesak Nak Jadi Kaya...

23-10-2017 10:39 AM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 5081| Komen: 12

Assalamualaikum,
Kaya itu satu impian, bagaimana caranya adalah satu persoalan. Ada yang memberi jalan jawapan yang singkat dan ada pula memberi jalan yang perlu diredahi dengan keringat, semangat dan kesabaran. 


Bicara saya untuk kali ini lebih menyentuh kepada peluang-peluang perniagaan, pelaburan mahupun pelbagai bentuk program untuk menjadi kaya yang semakin rancak di negara kita. Seingat saya, ada ketika dalam tempoh yang agak lama, program Multi Level Marketing atau lebih dikenali dengan singkatan MLM menjadi trend sumber ramai menjadi kaya dengan pantas dan ramai juga menjadi papa sekelip mata. Ada orang menggelarnya dengan pelbagai sindiran nama seperti ‘Meeting Larut Malam’ atau ‘Menipu Larut Malam’.

Biarpun beratus sistem yang diperkenalkan, namun, kebanyakannya mempunyai rentak dan gaya yang sama iaitu produk utama bukanlah menjadi tarikan tetapi Pelan Pemasaran yang melibatkan bermacam bonus seperti bonus introducer, bonus matching, leadership bonus dan sebagainya yang menjadikan sistem ini lebih rancak dan pantas berkembang. 



Jadi, skrip seorang leader sesebuah sistem selalunya mempunyai skrip yang hampir serupa biarpun berlainan syarikat. Skrip ini ditentukan mengikut tahap kejayaan  mereka. Jom kita kaji skrip-skrip mereka yang biasa digunakan yang berkecimpungan dalam bidang MLM ini. (Bukan semua macam ini ye) 

Baru terlibat:
(1) “Sampai bila KITA nak makan gaji bro, aku tengak pelan pemasaran business ini gempak dan senang buat duit bro.”
(2) “kawan aku baru join 3 bulan dan beli kereta Myvi cash bro. Kalau dia boleh buat, takkan kita tak boleh buat lebih lagi.”

Telah mendapat untung :
(1) “Ko tengok bro, aku baru join 3 bulan, aku dah boleh bantu keluarga aku. Baru ini aku hantar mak aku pergi Umrah. Kalau aku kerja sebelum ini, memang takkan lah. Aku kalau boleh nak kita sama-sama berjaya. Kita buat sama-sama”
(2) “Aku taknak citer untung besar-besar, aku tunjukkan statement aku dapat sepanjang buat benda ni. Aku nak tolong kau je bro”

Leader berjaya:
(1) “Terpulang kepada kau, aku cuma kongsikan je. Ko join ke tak, aku tak rugi pun, aku akan terus bergerak ke depan.”
(2) “Ko kritik ke, tanya macam tak percaya ke, aku tetap bawak BMW aku, kau?”


Tidaklah semua yang  terlibat seperti skrip di atas, namun, selalu juga konsep dan maksud seperti di atas menjadi ayat pancingan. Pun begitu, saya secara personal percaya, sekiranya kita bercakap “aku malas lah nak cari-cari orang ni”, mereka akan mempunyai skrip jawapan balas yang sama iaitu ;

“Bro, kalau kau berniaga produk, kau cari pembeli tak?”
“Kau ada business, kau nak cari job, kau cari orang tak?”

Persoalannya sekarang, adakah MLM, bentuk Skim Pelaburan tertentu sesuatu yang perlu kita ceburi dan akan memperolehi keuntungan? Bagi saya secara peribadi, sebarang bentuk MLM yang biasa kita dengar, tidak kiralah apa jua Pelan Pemasaran yang diperkenalkan seperti sistem binary, sistem matahari dan pelbagai lagi, minta dijauhi kerana kebarangkalian untuk sistem ini menjadi tepu diakhirnya adalah tinggi. 

Banyak fakta telah terbukti sebelum ini biarpun ianya diperkenalkan oleh syarikat yang hebat dan telah lebih 20 tahun dalam perniagaan, namun, apabila ianya bernyawakan pencarian orang maka risikonya besar. Anda mungkin perolehi kekayaan besar hasil ‘downline’ yang ramai, namun, bagaimana pula downline anda?

Untuk skim pelaburan, saya lebih sarankan anda berurusan dengan badan-badan yang diperakui dan dijamin keselamatannya seperti bank-bank, syarikat-syarikat gergasi yang ada menawarkan lot saham untuk orang ramai dan mungkin pelaburan-pelaburan seperti emas, perak yang tidak berlandaskan sistem-sistem yang mencurigakan. 

Juga, jangan cepat terperdaya dan mudah terbayang kekayaan tanpa membuat kaji selidik tentang sebarang bentuk peluang perniagaan yang ditawarkan. 


Dan saranan terakhir saya, usah terlalu khusyuk mengejar kekayaan dunia, kerana akhirat akan tinggalkan kita, sebaliknya kejarlah akhirat, dunia akan kejar kita. 

Jadi, solat 5 waktu, usah ditinggalkan kerana asyik mencuba ‘close’ prospek, Solat sunat Dhuha lakukan untuk dimurahkan rezeki, amalkan zikir seperti Ya Aziz, Ya Fattah, Ya Razzak, Ya Basit, Ya Allah dan rajinlah tunduk layu dan berdoa kepada Yang Maha Esa memohon agar dijauhi kepapaan dan kemiskinan dan berdoalah agar dikurniakan rezeki yang melimpah ruah namun, dijauh perasaan sombong bongkak dan angkuh. Akhirnya, jadikan amalan bersedekah dan memberi makan hanya kerana Allah bukan kerana untuk memancing prospek dengan menjadi Penunggang Agama. 

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan mencapai kebahagiaan dunia akhirat, Amin.

Salam Ikhlas,
----Airol Irwan Limin----
2

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
5

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • meisapoya

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lolita737 23-10-2017 11:10 AM
kenapa lah ramai sgt taksub nak kaya??

cukuplah kalau ada sebuah kereta, sebiji rumah dan cukup makan minum dan utk simpanan hari tua.

bila join MLM buka nya jd kaya..jd miskin adalah..loan nk kena tanggung bertahun2..
Quote Jorja 23-10-2017 11:34 AM
Kalau dah kaya jangan lupa beli insurans & betulkn gigi kalau tak betul semulajadinya... jangan ingat beli kereta besar aja
Quote yayangmama 23-10-2017 11:37 AM
huhuhu....betul lah, kawan join stg 3 bln tgk da ok, sign untuk loan, dia mmg sasarkan org gomen

gaknya sbb sng nak wat loan

ni jiran pulak skang tengah sibuk denga hydro D revell siap ajak leader dtg umah orang nak

tunjuk keberkesanan hydro D tu...
Quote nisako 23-10-2017 11:42 AM
hmmm x habis 2 MLM ni...................
Quote haryatie 23-10-2017 11:49 AM
x pernah berminat dgn benda2 ni
walaupun org yg terlibat dgn MLM ni atau apa sja bisnes yg mirip2 tu
kejenya asyik upload/show off segala kemewahan/keuntungan yg dia org dpt..
Quote ciwi1166 23-10-2017 02:13 PM
nak kaya tu tak salah, tapi biar la cara yg betul.

"Kita sama2 up!"

Kahkahkah
Quote nurchomel 23-10-2017 05:51 PM
setuju 1000%. kekadang ayat diorang ni macam nak merendahkan orang lain
Quote kimchipedas 23-10-2017 06:39 PM
Same script different situation..tergelak aku bila teringat blk puak2 mlm ni nak approach aku dulu
Quote exclusive_vvip 23-10-2017 10:12 PM
i penah kene approach dgn sorang ni..tak kenal pun..kawn atas kawan...ingtkan nak ajak discuss bisnes aper la...bila i berdalih tak bawak cash banyak,dia kuarkan card credit terminal tu...bila i kata nak tanya husband dulu, dia kata tak payah tanya,sbb tu duit i..bla bla bla..koseerrrr i..sibbaik dpt escaped...ada ke patut nk soh org membelakangkan suami...choiiii
Quote BlackCarnival 27-10-2017 12:18 AM
exclusive_vvip replied at 23-10-2017 10:12 PM
i penah kene approach dgn sorang ni..tak kenal pun..kawn atas kawan...ingtkan nak ajak discuss bisne ...

Mende same gak pernah jadi kat wife aku, bila wife bagi alasan nak tanye aku dulu, dia ckp tak payah la tanya, kan tu duit awak. Wife cakap la apa benda pun mesti minta izin hubby dulu..tutup kes..Macam diorang tak bagi peluang untuk fikir panjang pulak dah.

Aku caye gak MLM ni, cuma nak cari company yg kukuh tu susah. Org ramai cakap yg awal2 masuk je untung, bagi aku tu betol dan salah. Tak semestinya yg awal2 tu untung. Orang yg awal2 masuk company MLM kena betul2 kerja keras nak promote company and product, almost tiap malam jumpa orang, kuar duit nak belanja makan, minyak, tol, parking.. then once company and product dah terkenal, orang yg baru join MLM tu dah tak kerja susah dah, sebab company and product dah well known.

Tapi tu kalau company kukuh. Kalu melingkup awal2? Orang yg awal2 masuk modal dh comfirm burned. Org lain leh cakap "mujur aku tak join" so tak rugi pape. Modal burn takpe lagi, tapi trust orang lain pada kita? Sebab biasanya kita akan target family, sedara mara and kawan2 dulu, so kalu company melingkup silap2 leh putus sedara, putus kawan. Pastu nak move to another company, kene study balik product, market, pujuk balik sedara or kawan or family untuk join, dengan nama dah busuk sebab dicop menipu.
Quote misscendol 27-10-2017 10:06 AM
Semoga rezeki yg kita dapat x tu diberkati
Quote jagung5 26-6-2019 12:00 AM
setuju..sampai tak ambik peduli halal haram...sbb zaman sekarang byk yg mengidolakan yg kaya...nak jadi mcm idola..tak kisah dgn cara betul ka idok..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.091109 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top