Seorang wanita yang bergelar isteri kebiasaannya tidak dapat lari dari tabiat kuat membebel. Apatah lagi bila sudah menjadi seorang ibu yang mempunyai anak-anak dan tanggungjawab yang pastinya lebih besar. Bukan semua suami mampu bertahan dengan bebelan si isteri setiap hari. Seorang lelaki bernama Malcolm Applegate, 62, kini sudah 10 tahun menetap di dalam hutan gara-gara bosan mendengar bebelan isterinya. “Saya berkahwin dengan dia selama tiga tahun, tapi malangnya ini yang berlaku. Saya bertemu dengannya di Birminghan. “Selama tiga tahun semuanya ok, tetapi dia mula berubah apabila saya bekerja lebih masa sebagai tukang kebun dan ini menyebabkan kami bertengkar,’’ katanya. Dia yang lari ke hutan tanpa pengetahuan isterinya mengambil keputusan berkhemah di dalam hutan berhampiran Kingston dan ketika itu hanya ada tiga orang sahaja yang berkhemah di situ. “Mereka berkhemah dekat dengan saya kerana ketika itu saya bekerja sebagai tukang kebun di pusat komuniti orang tua di kawasan berhampiran hutan tersebut. “Kami mandi dan membasuh di pusat itu,’’ katanya. Malcolm berkata selepas sekian lama cuba bertahan dalam perkahwinan berkenaan, dia memutuskan untuk keluar dari perkahwinan itu dan menghilangkan diri selama 10 tahun. “Tanpa sepatah perkataan, saya tinggalkan semua,’’ katanya. Malcolm juga terputus hubungan dengan kakaknya hinggakan wanita itu menyangka Malcolm telah meninggal dunia. Namun kini Malcolm telah keluar dari persembunyiannya dan sudah bertemu semula dengan kakaknya. Apapun, diharapkan para suami tidak menjadikan tindakan Malcolm sebagai satu idea baru untuk lari dari bebalan si isteri. – CARI |
14
Bagus |
14
Marah |
20
Terkejut |
20
Sedih |
16
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Elle_mujigae replied at 20-10-2017 08:37 PM
kalau kita jadi isteri atok ni..kita ikut dia duduk dalam hutan tu...
ADVERTISEMENT