NGO Melayu desak Waytha Moorthy letak jawatan
Utusan Malaysia hari ini memetik kenyataan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang menggesa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy (gambar) untuk meletak jawatan ekoran kenyataannya mempertikai tindakan polis menembak mati lima penjenayah di Pulau Pinang baru-baru ini. NGO berkenaan menyifatkan kenyataan Waytha Moorthy yang juga Pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) itu sebagai biadab selain gagal memahami kedudukannya ketika ini sebagai anggota Kabinet. Permintaan NGO berkenaan selaras dengan desakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang meminta Waytha Moorthy berhenti memegang jawatan dalam kerajaan sekiranya mahu memberi kenyataan berhubung di luar bidang kuasanya. Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menjelaskan Waytha Moorthy sepatutnya bertanya kepada polis atau Ahmad Zahid terlebih dahulu mengenai perkara sebenar yang berlaku dan bukannya mempertikai kredibiliti polis.
Katanya, pihak keselamatan bertungkus-lumus mengurangkan kebimbangan masyarakat terhadap kegiatan jenayah bersenjata yang semakin berleluasa tetapi Waytha Moorthy pula mempertikai tindakan polis. "Kita tidak menafikan hak beliau untuk memperjuangkan masyarakat India, namun dia perlu tahu kedudukannya. Jika masih mahu mengamalkan mentaliti NGO, elok dia letak jawatan dan beri tumpuan bangunkan masyarakat India," kata Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin. Dalam pada itu, Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) berkata Waytha Moorthy sepatutnya menghormati tugas dan tahap profesionalisme pasukan polis. Mursyidul amnya Muhammad Zahid Md. Arip berkata Waytha Moorthy melihat kegiatan jenayah dalam negara ini menerusi skop yang sempit dan sewajarnya beliau digugurkan daripada barisan Kabinet. Katanya, ini bukan isu perkauman tetapi soal keselamatan negara dan keselamatan awam. Justeru beliau mendesak Perdana Menteri melucut jawatan Waytha Moorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Sementara itu, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menegaskan Waytha Moorthy tidak boleh terlalu ghairah membela kaum India walaupun beliau memegang status seorang pemimpin disegani kaum tersebut. "Penjenayah tetap penjenayah dan pihak polis tahu apa yang mereka lakukan. Sepatutnya beliau bincang dahulu, bukan keluar kenyataan melulu," kata Presiden JMM Azwanddin Hamzah. Waytha Moorthy sebelum ini mempersoal kejadian lima penjenayah ditembak polis itu dan mendakwa melihat gambar mayat-mayat tersebut dan berdasarkannya melahirkan kesangsian berlaku tembak menembak antara polis dengan penjenayah terbabit. - 24 Ogos, 2013. |
ifanonline posted on 24-8-2013 12:46 PM
entah2 ini semua drama dlm BN tak...tunjuk gaduh2 skit...pastu cium muka...
harimau76 posted on 24-8-2013 12:41 PM
at least zahid hamidi ada telor utk ckp macamtu kat puak hindraf tu...
Babai posted on 24-8-2013 03:08 PM
Najib dah bahlol pegi lantik keleng ni demi nak membodek kaum dia.
Presiden_Lanun posted on 24-8-2013 03:10 PM
yang ko bodoh sangat tak jadi PM apsesal?? pencacai bangsat sudah menyalak..{:1_ ...
Babai posted on 24-8-2013 03:22 PM
Kalo tak gigih nanti ilang pulak jawatan dalam pergerakan. Kalo ilang jawatan sana, nanti ilang ja ...
ADVERTISEMENT