CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Pengalaman Mendekati Orang Asli, Mereka Bukanlah Seperti Yang Kita Sangkakan...

19-10-2017 06:53 PM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 4766| Komen: 8

Jarang rasanya aktiviti kemasyarakatan dilakukan bersama orang asli. Selalunya bersama orang susah, gelandangan, anak yatim dan sebagainya. Namun, kali ini kami berpeluang mendekati orang asli ini. 


Empire Project, dengan kerjasama dari SMUTAA TEAM 4x4 , BENTONG TREKKER 4x4 DAN KLAU 4x4 telah menjalankan aktiviti kemasyarakatan bersama penduduk orang asli di Pos Senderut Raub, Pahang.

Aktiviti yang di sertai oleh seramai 90 orang sukarelawan ini telah menjalankan beberapa program seperti : 


1. Pemberian barang dapur kepada 50 keluarga penduduk orang asli .
2. Sumbangan pakaian kepada penduduk.
3. Sukaneka dan Gotong royong bersama penduduk.


Program ini julungkalinya diadakan oleh Empire Project dalam menyantuni/memahami kehidupan masyarakat orang asli, rata-rata di antara mereka telah menerima arus kemodenan di mana kerajaan telah menyediakan jalan berturap yang lebih baik dan kediaman yang lebih selesa buat keluarga orang asli.

Dalam masa yang sama pihak Empire Project telah menjalankan program saringan kreativiti IQ di mana setiap kanak-kanak di minta untuk melukis dan menulis.


Dengan cara ini dapat mendekatkan sukarelawan bersama anak-anak penduduk orang asli dan melihat daya kretiviti mereka.

Kami juga telah menjalankan program Kids Free Market untuk anak-anak orang asli di mana mereka di beri pilihan untuk memilih 3 barang dari yang di sediakan, dengan cara ini kita mendidik mereka untuk meminta secara baik dan ucapkan terima kasih. 

Pendedahan setiap program yang dijalankan nampak asing bagi mereka tetapi inilah yang mereka inginkan untuk bersama dengan arus perubahan yang ada ketika ini.

Mungkin sebelum ini mereka (Penduduk Orang Asli) sering di lihat atau digambarkan seperti ketinggalan zaman.


Sebagai contoh: tidak berpakaian, tiada bekalan elektrik, tiada sumber untuk mengetahui dunia luar malah ada yang berpendapat mereka tidak tahu menulis dan membaca, ternyata setiap tanggapan ini jauh tersimpang dari apa yang dibayangkan. 

Kini mereka (Penduduk Orang Asli) ada yang telah berjaya sehingga ke menara gading dan menerima arus perubahan ini dengan bangganya. 

Pos Senderut adalah salah satu kampung Orang asli yang sering di lawati oleh NGO/Pelajar dan Agensi berkaitan, keadaan sekeliling yang bersih dan semulajadi menjadikan tempat ini sebagai tumpuan kepada setiap orang yang melawatnya.


Program ini bukanlah yang pertama dan terakhir akan di lakukan, kami ingin menyampaikan kepada dunia luar bahawa mereka (Penduduk Orang Asli) juga mahu seiring bersama masyarakat menerima arus kemodenan dan dalam masa yang sama mengekalkan adat resam serta tinggalan nenek moyang mereka untuk tetapan generasi akan datang.   

Semoga hasrat ini dipermudahkan.
 

13

Bagus
6

Marah
7

Terkejut
13

Sedih
10

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jorja 19-10-2017 10:51 PM
Kalau singgah Tapah selalu jumpa gadis2 orang asli..natural exotic beauty
Quote pearl.silver 20-10-2017 01:25 AM
Dr kecik sampai besar mmg tinggal dkt dgn org asli, jadi tak heran dah
Memang la org asli dah maju..rumah pun rumah teres dah dlm kampung diorg. Sekolah2 org asli pun ada cikgu sado hensem2
Quote CikHaanii 20-10-2017 09:53 AM
Zaman belajar dulu pernah join progrm bersama org asli di gapoi. Dorg memang baik dan unik.
Quote ziezot 20-10-2017 10:13 AM
Tempat orang asli ni memang best. Sungai yang bersih, tempat selese. Paling syok tengok budak2 asli ni main terjun2 sungai. {:hooray
Quote Artemesiaa 20-10-2017 01:56 PM
Mereka ni ok je macam kaum2 lain juga ramai yang dah berjaya masuk U
Quote kivio 20-10-2017 02:16 PM
Actually ni bkn pure asli.
Modernized aborigin dah ni.

Haritu baru balik daripada Kuala Tahan, dia punya orang asli kaum Batek mmg pure muke negrito.
Tapi boleh la cakap melayu.

Even few boleh speak english sebab ramai tourists luar ajar sikit2
Cuma diorang opted to stay in pondok lagi
Rumah tok batin pon sume dinding kayu bumbung daun
Quote fushimi 20-10-2017 02:50 PM
sorang bff aku pun ank orang asli.Memula aku tak tahu pun sheols anak orang asli walau kita orang satu rumah.

Tiap kali bulan pose bila nak makan mesti dia nyorok nyorok sebab takut kitaorang terliur.Orang asli sekarang dah moden.
Quote misscendol 27-10-2017 10:07 AM
Mereka juga hamba Allah swt

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.128109 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top